Thursday, December 24, 2020

Tsunami Paling Tinggi Dalam Sejarah

Bencana alam yang menimpa Pulau Pinang pada 26 Disember 2004 masih meninggalkan kenangan pahit dalam hati rakyat Malaysia. Apa yang lebih membimbangkan ialah, tsunami ini tentu sekali lebih teruk jika tidak dihalang Sumatera. Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan perintah supaya sambutan tahun baru digantikan dengan upacara ibadah dan peringatan. Banyak diusahakan Putrajaya untuk menguruskan krisis ini. Malaysia boleh belajar banyak perkara daripada bencana ini, yang mengingatkan supaya tidak lalai. Bencana boleh menimpa sesiapa, seperti 10 tahun kemudian apabila Kelantan dan Terengganu ditenggelami air. Pepatah m4l4ng tidak berbau benar memberi gambaran kepada semua, yang bencana datang tanpa diundang. Itulah apa yang berlaku di Alaska pada 9 Julai 1958. Amerika Syarikat ketika itu sangat sibuk dengan pertembungan bersama Kesatuan Soviet, yang menguji kesabaran global secara geopolitik.Berhubung dalam perkelahian. Penduduk Alaska sekalipun paling hampir dengan sempadan laut Rusia tidak begitu mengambil kisah tentang pertelingkahan dua pihak ini. Hidup berjalan seperti biasa pada minggu kejadian. Selepas subuh, keluar cari nafkah. Tenggelam saja Matahari, berhimpun untuk makan malam. Di selatan Alaska, berhampiran dengan sempadan Canada, terletak sebuah syurga duniawi yang dihiasi kecantikan alam. Teluk Lituya mungkin sibuk dengan ekonomi perairan, jika keadaan sekeliling mengizinkan. Bukan suhu sahaja yang menjadi masalah. Jadi Teluk Lituya seolah-olah terpelihara, oleh kerana tidak didiami sesiapa. Dan perkara ini mungkin menjadi penyelamat, apabila kesunyian malam mula menyelubungi kawasan pada malam 9 Julai itu. Sebuah gempa berskala 7.8 berlaku di bumi Teluk Lituya, menyebabkan tanah runtuh yang sepenuhnya batu sebesar 30 juta meter persegi dengan anggaran berat 90 juta tan. Senang kata, tanah runtuh ini sangat d4hsy4t kerana impaknya dikesan 80 kilometer jauh. Tanah berbatu ini tidak sekadar runtuh. Ia ibaratkan dihamburkan setinggi 914 meter ke Gilbert Inlet. Bayangkan saja ada gergasi setinggi langit cabut sebuah batu dengan berat 90 juta tan. Tidak cukup, gergasi ini baling pula ke arah air. Jadi, apa yang berlaku? Menghitung Masa Air yang berkocak menyebabkan sebuah tsunami tinggi. Pada ketika ini, masa seakan-akan terhenti. Sebuah ombak gergasi sedang menghala ke Teluk Lituya. Dengan ketinggian 524 meter, sesiapa sahaja yang berada di pesisiran takkan sempat lari. Mereka hanya akan melutut kepasrahan, redha menunggu jemputan Tuhan. Dua orang sedang memancing ketika bencana melanda. Mereka tidak dapat menyelamatkan diri. Sepasang suami isteri pula bersauh jauh daripada kawasan. Bill dan Vivian Swanson melihat segalanya. Bunyi yang sangat bising membingitkan telinga. Gunung-ganang bergegar, dan bongkah-bongkah ais melayang merata-rata. Tsunami ini menelan apa sahaja di hadapannya hingga 11.3 kilometer jauh. Impak Semulajadi Badaian ombak sebegitu besar tentu sekali boleh mencungkil tanah dan mencabut pokok walau besar mana sekalipun. Kejadian ini dimaklumkan pada pihak berkuasa. Dan beberapa gambar diambil, sebaik sahaja air surut. Teluk Lituya 1958 – beberapa minggu selepas tsunami. Lihat sekeliling teluk. Tiada pokok.Sebuah cerun yang kelihatan “dikikis”. Inilah kawasan tanah runuh.Begitu tinggi tsunami ini “mencukur”.11.3 kilometer jauh daripada pesisiran. Sebuah topi ditemui. Inilah sebab kenapa Teluk Lituya tidak dibangunkan. Kerana gempa sebegini boleh berlaku lagi. Gempa sebegini pernah berlaku sebelum tahu 1958, beberapa kali antara 1786 hingga 1936. Bumi sudah lama memberi peluang kepada Teluk Lituya. Semoga tiada siapa berada di situ jika berlaku lagi.
http://dlvr.it/RpGZ9s

No comments:

Post a Comment