Bagi yang pernah berjalan-jalan ke Jepun, pastinya pernah menaiki Tokyo Subway yang merupakan antara keretapi bawah tanah yang terbaik di dunia. Katakanlah selepas negara kita membuka sempadan dan membenarkan rakyat untuk ke luar negara dan akan memilih untuk ke Jepun.
Apabila anda hendak membeli tiket Tokyo Subway dan ada ada masalah semasa membeli tiket di mesin tiket tersebut. Tiba-tiba ada kepala keluar dari mesin tiket tu dan membantu anda. Jangan terkejut sebab anda bukannya kena prank oleh pihak Wakenabeb Jepun atau seangkatan dengannya.
Umum mengetahui bahawa keretapi di Jepun merupakan antara keretapi tersibuk di dunia. Penumpang-penumpang pula beratur untuk membeli tiket tanpa henti. Oleh sebab itu, tiket-tiket baru yang kosong juga perlu ditambah berkali-kali agar mesin tidak kehabisan tiket dek penumpang yang terlalu ramai.Keretapi Bawah Tanah Tokyo ketika waktu puncak.
Pihak pengurusan Tokyo Subway kemudian meletakkan seorang pekerja di sebalik mesin ini untuk mencetak tiket-tiket kosong tersebut. Pada masa yang sama, mereka juga membantu mana-mana penumpang semasa mereka hendak membeli tiket.
Pekerja-pekerja ini juga memberikan perkhidmatan yang terbaik buat penumpang. Walaupun penumpang itu tidak ada masalah semasa urusan pembelian, pekerja ini tetap membantu mereka dari memilih lokasi destinasi hingga mengeluarkan tiket yang telah dicetak lalu diberikan kepada penumpang.
Di Jepun, penumpang atau pelanggan dianggap seperti raja. Mereka perlu memberikan layanan yang terbaik kepada penumpang sehingga penumpang itu berpuas hati. Mereka juga tidak menerima sebarang tips kerana menganggap ianya kurang sopan.
Mungkin selepas ini pihak perkhidmatan awam boleh mencontohi sistem di Jepun? Elok tengah beli tiket dekat LRT, tiba-tiba ada kepala terkeluar.
Ataupun lepas ni akan wujud mesin ATM yang dalamnya ada pekerja untuk membantu anda mengeluarkan duit?
RUJUKAN:
Secret Walls in the Subway: Japanese Customer Service at its Best. (2013, March 08). Retrieved December 17, 2020, from https://ift.tt/2JepNSV
http://dlvr.it/RntmsN
No comments:
Post a Comment