Sunday, December 20, 2020

Asal Usul Nama Virus Trojan Horse

Sebut saja kuda Trojan, ramai membayangkan ‘madah berhelah’ ciptaan Ulysses yang ditinggalkan kerajaan Achea kepada kerajaan Troy sebagai hadiah dalam kisah Iliad yang dikarang Homer. Orang Troy menyangka ten-tera Achea telah berangkat pulang selepas kepungan yang dibuat terhadap kota itu gagal. Justeru, mereka melihatnya sebagai satu kejayaan dan berpesta sepuas-puasnya.Rajah 1: The Procession of Trojan Horse ole Domenico Tiepolo. Pada waktu malam, selepas orang Troy enak melelapkan mata selepas berpesta dengan kejayaan mereka, 50 ten-tera Achea diketuainya yang bersembunyi dalam kuda tersebut keluar dan membuka pintu kota. Ini membolehkan ten-tera Achea lain yang berpura-pura berundur pada waktu siang masuk dan menakluk kota tersebut dengan mudah. Sehingga hari ini, ramai berdebat sama ada kuda kayu tersebut merupakan imaginasi Homer atau sebenarnya wujud. Tetapi jika mengikut tradisi sejarah, Troy amat menghormati kuda dan mengganggapnya sebagai haiwan suci. Mereka amat teliti dalam memilih spesimen kuda mereka dan hanya memilih baka terbaik yang ada ciri kepantasan, keberanian,  kekuatan dan ketahanan. Walaupun kuda mereka tidak cantik dan bersaiz kecil atau sederhana, kuda baka Troy amat digeruni kerana berupaya berlari dengan pantas. Pemerhatian ini direkodkan oleh sejarawan Hecataeus of Miletus sekitar 500 SM. Malah, ia turut disebut oleh Homer dalam salah satu bab Iliad iaitu Katalog Wira-Wira. Dalam bab tersebut, Homer menceritakan cubaan sekutu Troy, orang-orang Venetia dari Paphlagonia cuba membebaskan kota itu daripada kepungan ten-tera Achea tetapi gagal. Hari ini, Paphlagonia merupakan sebahagian daripada wilayah Turki moden dan menariknya, ia tidak jauh dari lokasi Troy dengan Homer pernah menulis, “Ini tempat bangsa keldai liar dilahirkan.” Dalam kisah sama, ketua orang Venetia iaitu Pylaemenes terbu-nuh di medan pe-rang di tangan Raja Menelaus dari Sparta. Bagi yang mengikuti kisah Troy, semua maklum baginda merupakan suami kepada Helen yang menjadi objek perebutan Achea-Troy. Tatkala angkatan Venetia masih sibuk membantu Troy, Paphlagonia menyaksikan pemberontakan dalam kalangan sesetengah as-kar. Ini mengakibatkan kota tersebut diba-kar dan memaksa ramai penduduk melarikan diri. Sebahagian daripada mereka memilih menyertai Antenor of Troy sambil membawa kuda-kuda mereka dari pesisir Laut Hitam ke kawasan lagun di Venice. Penghijrahan mereka ini turut disebut oleh sejarawan Rom, Titus Livy dalam eseinya yang bertajuk Ab urde condita. Dari Venice, ada pula yang membuka petempatan-petempatan yang bakal menjadi pelabuhan atau bandar penting seperti Treviso, Padua dan Belluno (Itali) atau Santa Lucia (Slovenia). Bagi pembiak kuda-kuda Venetia pula, mereka memilih kawasan pesisir Sungai Piave sebagai lokasi baru mereka. Selepas beberapa abad, kuda mereka kini dikenali dengan nama baka Venetia-Piave. Sejak itulah, legenda kuda ini menjadi pujaan ramai baik pemerintah, bangsawan dan sasterawan. Semasa era Yunani misalnya, penyajak Sparta Alcman membandingkan kuda ini dengan seorang wanita yang dicintainya dengan kecantikannya semakin bertambah. Dan seperti orang Venetia, orang Yunani turut jatuh hati dengan kuda baka Venetia dan menganggapnya sebagai haiwan yang suci. Tatkala orang Eropah terus menyanjung kehebatan kuda ini, orang Venetia menjadikan usaha membiakkan baka kuda ini sebagai kegiatan ekonomi utama mereka. Ini dibuktikan menerusi penemuan pelbagai jenis duit syiling di sepanjang Sungai Piave, Corinth, Syracuse dan Magna Graecia. Dan bagi memastikan ketulenan dan kualiti baka kuda mereka terjaga, penjaga kuda Venetia mengecap setiap kuda mereka dengan cap lambang serigala. Ini juga menjelaskan mengapa kuda Venetia kadang-kadang dipanggil Lycosphere dan pernah direkodkan oleh sejarawan Yunani, Strabo. Kali terakhir tradisi ini dibuat ialah 40 tahun yang lalu. Bagi orang Rom pula, kuda Venetia dianggap istimewa kerana menjadi pilihan pasukan berkuda mereka. Kisah mereka menjadi inspirasi warga Rom apabila kejayaan angkatan Rom di Talamone pada 225 SM. Dalam pertem-puran tersebut, gabungan empat legion Rom, satu pasukan Etrusca dan satu pasukan berkuda Venetia berjaya mengalahkan angkatan Celt. Jika mereka ingin melihat aksi kuda Venetia, maka amfiteater seperti Colosseum dan Circus Maximus menjadi pilihan. Ini kerana kuda ini turut digunakan dalam lumba kenderaan berkuda dan popular setara dengan pertarungan gladiator. Memandangkan kuda sebegini popular dalam kalangan penonton, maka penonton tidak sabar melihatnya berlumba pada lorong khas dengan memakai penanda berwarna biru. Pada Zaman Pertengahan, penternak kuda Venetia menghasilkan satu lagi baka yang dikenali sebagai Padua. Padua ialah baka kuda yang lebih tahan lasak kerana berupaya menampung berat penunggangnya semasa di medan per-ang atau menarik kenderaan yang membawa bekalan atau senj-ata. Seperti orang Rom dan Yunani, bukan sedikit orang Zaman Pertengahan menyanjung kuda Venetia. Arkitek dan pelukis Donnatello menghasilkan Patung Gattamelata, sebuah patung yang didedikasikan kepada Gattamelata yang bertem-pur di Veneto pada pertengahan abad ke-15. Ukiran patung yang dihasilkan memperlihatkan beliau sedang menunggang kuda Venetia. Kuda ini turut disebut dalam Taming of the Shrew yang dikarang William Shakespeare.Rajah 2: Patung Gattamelata Menjelang abad ke-18 dan ke-19, obsesi bangsawan dan pemerintah terhadap kuda ini semakin membuak-buak. Salah seorang daripada mereka ialah Napoleon Bonaparte dengan enam ekspedisi penaklukan digerakkan ke Veneto dengan tujuan merampas kuda-kuda baka Venetia. Selain itu, Napoleon turut mengarahkan ten-tera Perancis merampas empat buah patung kuda gangsa yang diambil daripada Hippodrome Constantinople di situ pada tahun 1797. Aksi terakhir kuda Venetia disaksikan semasa Per-ang Dunia Pertama (WWI). Tetapi aksinya yang paling terkenal bukan di atas daratan seperti dibayangkan Napoleon atau Strabo. Sebaliknya, ia menjadi logo pilihan juruterbang Itali, Francesco Baracca semasa berjuang di garison Piave iaitu kuda yang berlari seolah-olah membayangkan pesawat yang dibawanya ialah kuda Venetia.Rajah 3: Francesco Baracca bersama pesawatnya yang ada lambang kuda berlari (kuda Venetia). Tidak diketahui mengapa Baracca memilih kuda Venetia sebagai lambang pesawatnya. Tetapi tidak mustahil beliau memilih lambang tersebut kerana tertarik dengan semua nilai kuda itu di medan per-ang seperti keberanian, tahan lasak dan kepantasan. Baracca kemudiannya gugur selepas mengalami kecederaan parah akibat ditem-bak seorang penem-bak semasa terbang beberapa ratus meter di atas Sungai Piave. Pada akhir WWI, seorang jurutera Itali amat tertarik dengan kisah di sebalik lambang Baracca itu. Dia kemudiannya berhubung dengan ibu juruterbang itu dan berjaya mendapat izin menggunakan lambang kuda berlari itu sebagai lambang kereta sukan yang direkanya. Lelaki yang dimaksudkan ialah Enzo Ferrari dan ya, lambang kuda berlari itu sebenarnya diinspirasikan daripada imej kuda Venetia pada pesawat Baracca!Rajah 4: Antara contoh lambang Ferrari yang diambil daripada lambang pesawat Baracca. Dengan kenderaan bermotor semakin popular terutama di kawasan desa, ini mengakibatkan permintaan terhadap kuda Venetia semakin berkurangan. Begitupun, ia masih tetap melawan apabila dibela sebagai haiwan peliharaan dan untuk tujuan rekreasi. Kuda yang menjadi lambang pertarungan Troy itu akhirnya pupus pada tahun 1974. Sejak tahun 2000, wujud rancangan di wilayah Veneto untuk mewujudkan semula kuda baka Venetia. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada rancangan tersebut masih berstatus khabar angin atau sudah mendapat lampu hijau kerajaan. Yang pasti, legasi kuda ini akan terus hidup pada setiap kenderaan buatan Ferrari hari ini. RUJUKAN: Latini, P. (2020). Unravelling the True Story of the Legendary Trojan Horse. Ancient-Origins.
http://dlvr.it/Rp0tnS

No comments:

Post a Comment