Bagi sesiapa yang sering pergi ke Pahang mengikut jalan lama dari Selangor, Negeri Sembilan atau Melaka, kebiasannya laluan utama mereka akan melalui Bahau. Bahau merupakan satu pekan besar yang menjadi tumpuan di daerah Jempol.
Bahau rata-rata dihuni oleh bumiputera dan orang asli. Terdapat juga tanah rancangan Felda diwujudkan di Bahau. Tapi, pernahkah anda tahu, ketika Pe-Rang, Bahau pernah dihuni oleh sekumpulan bangsa Serani yang berasal dari Eropah? Stesen Bas Bahau
Selepas Jepun berjaya menawan Tanah Melayu ketika Pe-Rang Dunia Kedua, selain bangsa Cina, bangsa Serani juga tidak lepas dari kek3j4man Jepun. Di artikel yang lepas (boleh klik di perkataan “artikel”), penulis ada berkongsi mengenai seorang pengintip Jepun yang bernama Mamoru Shizonaki yang menyelamatkan ribuan rakyat Cina dan Serani.
Antara salah satu langkah yang dilakukan oleh Mamoru Shinozaki ialah dengan menawarkan mana-mana penduduk untuk menyertai program pertanian khususnya kepada golongan Cina dan Serani. Ramai yang menyertai program ini bagi mengelakkan mereka dan keluarga mereka dibvnvh oleh Jepun.Keratan akhbar mengenai program yang dijalankan di Bahau.
Program ini bermula pada pertengahan 1943. kaum Cina dihantar ke Endau manakala kaum Serani dihantar ke Bahau. Di Endau, kaum Cina menerima bantuan terus dari segi makanan dan kesihatan dari Singapura, tetapi tidak di Bahau. Di Bahau, penempatan dan bantuan kaum Serani ini disalur sendiri secara langsung dari kerajaan Negeri Sembilan.
Penempatan kaum Serani di Bahau ini terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat Bandar Bahau. Untuk sampai ke sini, mereka perlu menaiki kereta api dari SIngapura ke Bahau dan seterusnya perlu berjalan kaki untuk sampai ke kawasan mereka. Bagi yang berkemampuan, mereka mengupah lori-lori di situ untuk membawa mereka ke destinasi. Lakaran peta penempatan Serani di Bahau.
Kumpulan pertama yang tiba di Bahau rata-rata merupakan golongan bujang. Mereka diarahkan untuk membersihkan hutan dan membina batu asas untuk tempat tinggal mereka. Mereka agak sukar pada mulanya, kerana rata-rata bangsa Serani ini merupakan golongan professional dan tidak biasa untuk membuat kerja-kerja hutan.Balai Polis berdekatan penempatan Serani di Bahau.
kredit: Singapore National Archieve.
Menjelang Disember 1943 hingga April 1944, dianggarkan dua ribu orang berbangsa Serani menetap di Bahau. Mereka membawa segala peralatan rumah mereka seperti piano, meja makan dan sebagainya.
Di sana, kaum Serani ini hidup sebagaimana masyarakat tempatan pada ketika itu. Mereka juga sering berhibur dan menyanyi bersama-sama. Walaupun begitu, disebabkan tidak biasa tinggal di pinggir bandar, penduduk Serani ini sering dijangkiti penyakit malaria dan kekurangan nutrisi kerana sukar untuk mendapatkan ubat-ubatan.Jalan utama menuju ke penempatan Serani di Bahau. kredit: Singapore National Archieve
Mamoru Shinozaki dan CJP Paglar, Pengerusi Jabatan Kebajikan Kaum Serani juga sering mengadakan lawatan ke penempatan Bahau ini untuk memberikan semangat dan moral kepada penduduk-penduduk Serani di sini.
Di akhir Pe-Rang, dianggarkan 3000 orang berbangsa Serani menetap di Bahau. Selain bangsa Serani dan segelintir bangsa Cina beragama Katolik, terdapat juga sekumpulan kecil bangsa Serani yang berasal dari negara-negara Eropah seperti Denmark, Switzerland dan Romania. Penempatan Serani ini kemudian ditinggalkan secara beransur-ansur sejurus pe-rang tamat.
Agak-agak ada tak pembaca di sini orang Bahau berketurunan Mat Salleh?
RUJUKAN:
Chia, Joshua Yeong Jia. (2006). Bahau settlement. Singapore Infopedia. https://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_1220_2006-12-29.html
http://dlvr.it/RnlC2b
No comments:
Post a Comment