Jean Le Vacher adalah seorang mubaligh dari ajaran Lazaris yang juga merupakan konsul Perancis di Tunis (Tunisia) dan kemudian di Algier (Algeria). Jean Le Vacher dilahirkan pada 15 Mac 1619 di Écouen, Perancis. Ibu bapanya Philippe Le Vacher dan Catherine Butefer mempunyai empat anak lelaki dan tiga anak perempuan hasil perkahwinan mereka. Jean adalah yang sulung.
Adiknya Philippe juga akan menyertai Congregation of Mission, sebuah perintah kependetaan dan pendeta yang menjadi anggotanya biasa disebut sebagai pendeta Lazaris atau Vincentian yang diasaskan oleh Vincent de Paul. Adik bongsunya menjadi biarawati di biara Sainte-Marie. Jean Le Vacher ditempatkan bersama seorang paderi berdekatan Rouen yang mengajarnya unsur-unsur bahasa Latin dan pendidikan dalam bidang agama. Dia kemudian dihantar ke Paris untuk melanjutkan pelajarannya. Jean Le Vacher
Dia bertemu dengan Vincent de Paul, yang memujuknya untuk menyertai gerakan Lazaris. Le Vacher menghabiskan tiga tahun bersama adiknya Philippe di Bons-Enfants untuk mempelajari ilmu gerejawi. Pada 5 Oktober 1643 dua bersaudara itu ‘mempersembahkan’ diri mereka kepada Vincent de Paul, dan mereka diterima. Mereka berdua melaksanakan upacara sumpah suci pada tahun 1646.
KERJAYA SEBAGAI KONSUL PERANCIS
Pada waktu itu, negara-negara Barbary menahan ramai golongan hamba beragama Kristian, ada di antara mereka yang telah memeluk Islam, tetapi sebilangan yang lain kekal dengan kepercayaan agama mereka. Satu perjanjian telah dimeterai oleh Perancis dengan wakil Empayar Uthmaniyyah di Barbary yang membenarkan Perancis menghantar seorang pendeta dengan konsul mereka.
Pada bulan November 1645, pendeta Louis Guérin dihantar oleh Perancis ke Tunis, dan mula memberikan sokongan secara rohani kepada para hamba. Vincent de Paul menghantar Jean Le Vacher ke Tunis pada bulan November 1647 untuk membantu Guérin. Dia tiba semasa tercetusnya penyebaran wabak. Dia berperanan dalam beberapa tugas memberi dorongan kepada masyarakat dari pelbagai kelas, termasuk hamba, pedagang dan orang Turki, tugasannya agak berjaya hasil dari pengalamannya sebagai mubaligh. Le Vacher ketika mengangkat sumpah suci di hadapan Vincent de Paul
Pada bulan Julai 1648, konsul Perancis, L’Ange de Martin, telah menghidap penyakit yang teruk. Dia kemudian memanggil Le Vacher dan memintanya untuk menggantikan posisinya seandainya ajalnya sudah tiba. Pada awalnya, Le Vacher menolak, lalu konsul mencadangkan agar dicalonkan salah seorang pedagang Perancis. Namun, tiada seorang pun calon yang mampu menepati kriteria dikehendaki. Apabila Bey (gabenor) Tunis dimaklumkan tentang masalah ini, dia juga bersetuju bahawa Le Vacher harus menjadi konsul, maka, setelah kem4tian Martin , Le Vacher menerima kedudukan ini.
Le Vacher menjadi konsul selama lima tahun dan pada masa yang sama dia juga berperanan sebagai seorang mubaligh. Melaksanakan dua kerja sekaligus memenatkannya, lalu Le Vacher diberi kebenaran pada tahun 1653 untuk melepaskan jawatannya sebagai konsul dan mengabdikan dirinya semata-mata untuk menyebarkan ajaran kepercayaannya, mula-mula di Tunis dan kemudian di Bizerte.
Dia kembali ke Tunis, di mana dia sekali lagi dilantik sebagai konsul, dan tempat Santa Sede, sebuah sayap yang mewakili takhta suci Gereja Katolik Rom menobatkan Le Vacher sebagai Vicar Apostolic. Le Vacher menjalankan tugasnya sebagai konsul Perancis dari tahun 1648 hingga 1667 selepas posisinya digantikan oleh Jean Ambrozin.
Le Vacher kemudian kembali ke Perancis dan tinggal sebentar di Biara Saint-Lazare. Pada tahun 1668, dia dihantar ke Algier, di mana dia sekali lagi memegang dua peranan sekaligus sebagai konsul Perancis dan mubaligh Lazaris. Dia dilantik sebagai Konsul Perancis di Algier pada tahun 1676.Laksamana Abraham Duquesne
Pada 4 September 1682, Laksamana Abraham Duquesne tiba bersama armada lautnya di pesisir pantai Algier bagi menuntut pembebasan hamba-hamba Perancis yang ditahan di sana. Le Vacher menaiki kapal naib laksamana, di mana dia menemui Duquesne. Dia mengatakan bahawa dia telah dikirim oleh penguasa di tanah Algier iaitu Mehmet Hadgi Dayı dan panglima t3ntera Baba-Hassan Dayı, untuk mengetahui apa yang Duquesne mahukan.
Namun, Dusquesne berkeras untuk berbicara terus dengan wakil peribadi Dayı (gelaran khas era Uthmaniyah untuk golongan pembesar di Barbary) Duquesne kemudian bertindak memb3dil kota Algier dari kapal geliungnya hingga 12 September 1682 ketika dia mendapati bahawa arus laut tidak lagi selamat untuk kapalnya dan memutuskan untuk belayar kembali ke Toulon.
K0RBAN MUNCUNG MERI4M
Pada bulan Jun 1683 Laksamana Duquesne kembali memb3dil kota itu. B3dilan bermula pada malam 26-27 Jun, 222 b3dilan dilancarkan dalam waktu kurang dari 24 jam, ia mengakibatkan kebakaran di kota Algier dan menyebabkan orang awam panik serta membvnuh sekitar 300 orang Algeria.Pengeb0man Algier 1683
Walaupun Hassan Dayı berkeras mahu bertindak balas dengan penentangan, tetapi para penduduk berterusan mendesaknya untuk menuntut perdamaian. Duquesne pula hanya bersetuju untuk melakukan gencatan s3njata dengan syarat, semua hamba Kristian diserahkan kepadanya. Apabila tempoh gencatan s3njata itu tamat, Hassan Dayı meminta dan menerima penambahan tempoh lanjutan. Sementara itu, Duquesne menetapkan syarat untuk menyetujui perdamaian:
* Membebaskan semua hamba Kristian
* Ganti rugi sama dengan nilai semua barang yang dirampas dari Perancis oleh l4nun Barbary
* Menghantar duta yang dilantik menghadap Louis XIV untuk memohon pengampunannya atas tindakan permusuhan yang dilakukan terhadap t3ntera laut Perancis
Namun belum sempat perjanjian itu disempurnakan, pemberontakan telah berlaku di istana gabenor, salah seorang komander t3ntera Algeria, Mezzo Morto Hüseyin Pasha, kemudian mengambil alih perintah t3ntera dan mengecam sikap pengecut Hassan Dayı, yang telah bersetuju untuk akur kepada syarat dikemukakan Perancis.
Mezzo Morto telah menjatuhkan hvkuman m4ti terhadap Hassan Dayı dan diiktiraf sebagai penggantinya oleh Janissari. Tidak lama kemudian, bendera merah dikibarkan dari puncak Kasbah (bangunan pusat utama ditengah-tengah kota) sebagai pengisytiharan kepada Duquesne bahawa pertempvran dilanjutkan.Gambaran ketika saat akhir Le Vacher sebelum terbvnuh
Laksamana Duquesne kembali memb3dil kota itu. B3dilan Perancis memvsnahkan rumah, masjid dan kapal. Pihak berkuasa menangkap setiap orang Perancis yang tinggal di Algier. Sebagai tindakbalas terhadap b3dilan Perancis, Jean Le Vacher telah dituduh secara melulu dengan dakwaan menjadi pengkhianat, dia ditangkap dan diikat pada sebuah bangku yang diletakkan tepat di hadapan muncung sebuah meri4m yang bernama Baba Merzoug.
Atas perintah Mezzo Morto, pada 28 Julai (ada yang berpendapat pada 26 Julai), Le Vacher bersama-sama 22 lagi orang Perancis yang lain terk0rban apabila b3dilan meri4m yang diacu dalam jarak dekat lagi tepat dihadapan mereka menghancvrkan tubuh mereka sehingga c3bisan anggota badan Le Vacher dan orang lain yang hancvr turut jatuh menghujani geladak kapal Perancis.
Walaupun Perancis menerima t3ntangan sengit dari pihak Algeria, kota Algier telah dib3dil berterusan hingga memvsnahkan istana, masjid, dan banyak bangunan lain di daratan. Mereka yang terc3dera tidak mampu lagi mencari tempat perlindungan, simpanan peluru juga sedang kehabisan. Algier dikatakan akan menjadi rata sekiranya Duquesne sendiri juga tidak kehabisan bahan letvpan. Ser4ngan itu berakhir pada 29 Julai.
SER4NGAN KEDUA
Setelah armada t3ntera laut kembali ke Perancis, Algier mengirim kedutaan di bawah Djiafar Agha Effendi untuk memohon pengampunan dari Louis XIV, di atas setiap k0rban, kec3deraan dan kekej4man yang dilakukan oleh mereka ke atas warga Perancis termasuk Le Vacher.
Mezzo Morto Hüseyin Pasha selaku Dayı Algier yang baru bersetuju untuk membebaskan 546 orang tawanan Kristian dan Perancis, tetapi enggan menandatangani perjanjian damai jika diwakili oleh Laksamana Duquesne, maka Louis XIV menghantar utusan lain, Tourville, untuk menandatangani perjanjian bersama dengan Mezzo Morto.Mezzo Morto Hüseyin Pasha
Perjanjian damai seratus tahun dipersetujui, termasuk peruntukan khas iaitu membiarkan pantai Perancis tanpa gangguan. Lima tahun kemudian, setelah Algier melanggar perjanjian, Perancis kembali memb3dil kota itu. Akibatnya, kem4tian ngeri yang dilalui oleh Le Vacher sebelum itu terpaksa dialami pula oleh seorang lagi konsul Perancis seterusnya, Piolle André, apabila dia juga diikat pada muncung meri4m kemudian dihancvrkan tubuhnya dengan b3dilan pada tahun 1688.
Ketika itu Laksamana Jean D’Estrées pula yang mengetuai ser4ngan terhadap Algier telah bertindak memb3dil Algier hingga ranap sekali lagi, lalu dia memaksa Dayı Algier ketika itu kembali ke meja rundingan untuk satu lagi perjanjian damai yang baharu.
Perjanjian itu ditunaikan sepenuhnya oleh pihak Algeria. Sekaligus menamatkan Per4ng Franco-Algeria yang telah berlanjutan semenjak ia bermula dari tahun 1681. Semenjak itu, walaupun l4nun-l4nun Algeria tidak lagi mengganggu persisir pantai Perancis, mereka meneruskan ser4ngan mereka ke tempat yang lain, malah pernah menyebabkan kerosakan yang besar pada wilayah pesisir pantai Sepanyol.
Manakala meri4m Baba Merzoug yang sama digunakan untuk membvnuh dua konsul Perancis itu kemudiannya dikenali sebagai La Consulaire. Meri4m itu agak simbolik kerana penciptaannya diperintahkan oleh anak kepada laksamana terkenal Uthmaniyah iaitu Hayreddin Barbarosa yang bernama Hassan Pasha.La Consulaire yang dijadikan pameran
Pada tahun 1830, armada Perancis di bawah Laksamana Duperré menaklvk Algeria dan merampas meri4m itu. Ia dibawa pulang ke Brest dan dipasang secara menegak di dalam tiang batu granit yang dihiasi dengan relif yang tinggi, walaupun Algeria konsisten menuntut ia dipulangkan kembali, meri4m itu masih dipamerkan di dalam zon pers3njataan, berhampiran Jambatan Recouvrance.
RUJUKAN:
Rousseau, Alphonse (1864). Annals Of Tunisia: or, Historical overview on the regency of Tunis.
Daniel Panzac (2005). The Barbary Corsairs: The End of a Legend, 1800-1820.
Giraud, Victor (1945). VI: The Work of the Mission. Saint Vincent de Paul. Bonne Presse.
http://dlvr.it/RnsFrd
No comments:
Post a Comment