Kesatria Templar (The Knights Templar), dipercayai ditubuhkan sekitar tahun 1119 M dan menerima pengiktirafan dari sistem kepausan pada tahun 1129 M, mereka adalah salah satu struktur perintah ket3nteraan abad pertengahan Katolik yang anggotanya yang menggabungkan kuasa milit4ri dengan kehidupan monastik bagi tujuan mempertahankan tempat yang dianggap suci bagi penganut agama Kristian dan menjaga keselamatan perjalanan para penziarahnya di Timur Tengah dan di tempat lain.
Para kesatria yang berpusat di markas utama mereka di Jerusalem dan kemudian di Acre, adalah elemen penting dan elitis bagi t3ntera Salib, dan mereka tiba untuk menguasai setiap kubu dan tanah di Levant serta di seluruh Eropah.
Dituduh melakukan amalan ‘bidaah’, terlibat dalam isu k0rupsi, dan melakukan amalan yang terlarang, organisasi ini diser4ng di Perancis atas perintah Raja Philip IV pada hari Jumaat 13 Oktober 1307 M dan kemudian dibubarkan secara rasmi oleh Paus Clement V pada tahun 1312 M.
Pengasasan Dan Sejarah Awal
Kesatria Templar dibentuk sekitar tahun 1119 M apabila tujuh orang kesatria, yang diketuai oleh seorang bangsawan Perancis dari Champagne iaitu Hugh of Payns, bersumpah untuk menjaga keselamatan para penziarah Kristian yang melakukan perjalanan ke Jerusalem dan mempertahankan ‘Tanah Suci’ tersebut, sekaligus dengan demikian mewujudkan ikatan persaudaraan yang memerlukan mereka mengangkat sumpah monastik untuk hidup bersama dalam sebuah komuniti tertutup.Knights Templar
Pada tahun 1120 M, Baldwin II, raja Kerajaan Jerusalem yang memerintah pada 1118-1131 M, memberikan istananya kepada Kesatria Templar yang mereka percaya pernah berada di tapak Masjid Aqsa yang mereka panggil sebagai Gunung Kuil atau dikenali sebagai Al Haram Al Sharif bagi umat Islam di Jerusalem, untuk digunakan sebagai markas mereka.
Bangunan itu biasanya dirujuk sebagai ‘Kuil Sulaiman’ dan oleh kerana itu, struktur persaudaraan mereka secara tidak langsung dikenali sebagai ‘Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici’ (Kesatria-Naif Pengikut Christ Dan Solomon) atau hanya dikenali sebagai The Knights Templar.
Kesatria Templar secara rasminya diiktiraf sebagai perintah ket3nteraan oleh Paus Honorius II di Council of Troyes pada bulan Januari 1129 M. Belum ada mana-mana perintah ket3nteraan seumpamanya pernah ditubuhkan sebelum itu, Kesatria Templar adalah yang pertama. Dan mereka pada mulanya dianggap sebagai cabang Cistercian.
Pada tahun 1145 M, anggota kesatria diberi keizinan untuk memakai mantel putih pendeta Cistercian yang berlitup dibuat oleh mereka sendiri. Mereka kemudian menggunakan jubah putih khas dan mula memakai insignia yang berlambang salib merah berlatar belakang putih.
Tidak ada larangan untuk berper4ng di atas perkara yang berkaitan dengan doktrin keagamaan, asalkan matlamatnya hanyalah semata-mata atas nama Per4ng Salib dan mempertahankan Tanah Suci sahaja, dan perintah itu memperoleh sokongan rasmi dari pihak Gereja.
Pertempvran besar pertama yang melibatkan t3ntera salib Kesatria Templar adalah pada tahun 1147 M di mana mereka berper4ng melawan umat Islam semasa Per4ng Salib Kedua (1147-1149 M).
Perintah Kristian ini mula berkembang hasil sumbangan dari para penyokong yang menyedari peranan penting mereka dalam melindungi negara-negara Kristian di Levant. Selain itu, mereka menerima sumbangan dari semiskin-miskin golongan hingga yang paling kaya.
Penyumbang akan memberikan apa saja yang mereka ada kerana mereka percaya ia akan membantu mereka mendapat kehidupan ‘akhirat’ yang lebih baik, lebih-lebih lagi apabila nama penyumbang boleh dikirim untuk disebut melalui perkhidmatan berdoa, mungkin untuk kehidupan yang lebih baik samada di dunia mahupun di akhirat. Konsepnya mungkin mirip dengan konsep upah Haji atau Badal Haji yang dilaksanakan umat Islam.
Sumbangan untuk organisasi ini muncul dalam pelbagai bentuk, manakala wang, tanah, kuda, peralatan ket3nteraan, & makanan adalah sumbangan yang paling biasa mereka terima.
Malahan, keistimewaan Kesatria Templar yang memiliki hak menerima sumbangan sebegini lah yang telah banyak membantu perintah ini dalam menjimatkan kos perbelanjaan mereka sendiri. Templar juga melaburkan wang mereka untuk membeli hartanah yang menghasilkan pendapatan sehingga organisasi itu memiliki ladang, kebun anggur, kilang, gereja, perbandaran atau apa sahaja yang mereka anggap sebagai aset pelaburan yang baik.
Pendapatan yang lain sebagai hasil sampingan untuk mengisi peti simpanan kewangan dan aset Templar adalah dari harta r4mpasan per4ng dan tanah-tanah baru yang dit4wan hasil dari kempen yang berjaya sementara bayaran ufti atau wang penghormatan juga boleh diterima dari mana-mana kota yang dit4wan mereka, tanah yang dikendalikan oleh istana Templar, dan negara-negara pesaing yang lebih lemah di Levant.
Akhirnya, Templar berupaya menubuhkan pusat subsidiari atau anak syarikat sendiri di kebanyakan negeri di Eropah barat, yang menjadi sumber pendapatan dan dana untuk melatih rekrut-rekrut baru bagi menjadi anggota barisan hadapan mereka.
Kesatria Templar mungkin menerima aliran pendapatan dari seluruh pelusuk Eropah tetapi mereka juga perlu berhadapan dengan kos yang tinggi untuk ditanggung. Antaranya ialah kos selenggaraan infrastruktur, kos menggaji para kesatria, menaiktaraf kawalan keselamatan, kos penjagaan kuda (seorang kesatria biasanya memiliki empat ekor kuda setiap seorang), pakaian perisai besi dan peralatan per4ng, semuanya memakan sumber kewangan Templar.
Mereka juga berhadapan dengan cukai yang harus dibayar kepada negara, sumbangan untuk Kepausan, dan kadang-kala ada bahagian yang harus diberikan kepada gereja, serta bayaran yang harus ditunaikan kepada orang-orang kenamaan tempatan, di saat melaksanakan perkhidmatan yang besar dan khidmat-khidmat lain juga menghasilkan kos yang tidak sedikit.
Templar adakalanya melakukan kerja-kerja amal dan menolong orang miskin. Sepersepuluh roti yang dihasilkan, misalnya, diedarkan kepada orang yang memerlukan sebagai sedekah. Akhirnya, bencana akibat operasi ket3nteraan lama kelamaan menyebabkan mereka kehilangan anggota dan harta benda dalam jumlah yang besar.
Tiada catatan yang paling tepat boleh dikemukakan mengenai harta benda peninggalan Templar, kebanyakannya berdasarkan penulisan teori konspirasi dan mitologi, tetapi kemungkinan besar perintah itu mungkin tidak pernah sekaya seperti yang disangka oleh semua orang. Tetapi tekaan sebegitu tidak boleh menolak juga akan kemungkinan mereka ada meninggalkan banyak harta karun.
Dari pertengahan abad ke-12 Masehi, Kesatria Templar memperluaskan pengaruh mereka dengan bertempvr dalam kempen Per4ng Salib menjatuhkan kerajaan Islam di Iberia dalam kempen digelar sebagai ‘rec0nquista’ bagi pihak dari pelbagai penguasa di Sepanyol dan Portugal.
Mereka juga menyertai Per4ng Salib di Baltic melawan kaum pagan, menjelang abad ke-13 M, Kesatria Templar memiliki ladang sejauh dari England hingga ke Bohemia dan telah menjadi perintah ket3nteraan yang benar-benar bertaraf antarabangsa dengan sumber daya yang luar biasa (askar, senj4ta, peralatan, dan armada angkatan laut yang cukup besar).
Kesatria Templar telah ditetapkan sebagai satu model yang akan dijadikan contoh oleh perintah-perintah ket3nteraan yang lain seperti Knights Hospitaller dan Teutonic Knights. Namun, terdapat satu bidang di mana Templar benar-benar mengunggulinya, iaitu bidang perbankan.
Banker Abad Pertengahan
Dianggap sebagai tempat yang selamat oleh penduduk tempatan, masyarakat Kristian luar atau biara, Templar menjadi pilihan untuk orang ramai menyimpan wang, permata, dan dokumen penting. Perintah itu mempunyai simpanan tunai mereka sendiri yang, sejak awal 1130 M, digunakan dengan baik dalam bentuk pinjaman yang menghasilkan keuntungan dari hasil faedah.
Templar bahkan membenarkan pelanggan untuk mengeluarkan wang dari satu biara dengan syarat mereka menyediakan dokumen yang sesuai, memindahkan dan kemudian mengeluarkan wang yang setara dari biara yang berbeza. D
Dalam perkhidmatan perbankan awal yang lain, seseorang dapat menyimpan dalam konteks apa yang dikenali sekarang sebagai akaun semasa dengan Templar, di mana mereka membayar deposit seperti biasa dan mengaturkan agar Templar membuat bayaran keluar bagi pihak pemegang akaun dalam jumlah tetap kepada siapa pun yang dicalonkan.
Menjelang abad ke-13 M, Templar telah menjadi banker yang mahir dan dipercayai sehingga raja-raja Perancis dan bangsawan lain menyimpan harta mereka di tangan organisasi ini. Bagi Raja dan bangsawan yang melancarkan per4ng salib merebut Tanah Suci, mereka perlu membayar kos ket3nteraan sesegera mungkin dan memenuhi keperluan bekalan, jadi, mereka seringkali mengirimkan sejumlah wang tunai yang besar kepada Templar yang kemudian boleh dikeluarkan di Levant.
Templar bahkan pernah meminjamkan wang kepada pemerintah dan dengan demikian itu lah mereka menjadi elemen penting dalam struktur kewangan yang semakin maju pada abad pertengahan di Eropah.
Struktur Organisasi & Pengambilan
Rekrut mereka datang dari seluruh Eropah barat, walaupun Perancis adalah sumber tunggal yang terbesar. Mereka didorong oleh rasa tanggungjawab keagamaan untuk membela orang Kristian di mana-mana sahaja tetapi mereka wajib mengutamakan Tanah Suci dan tapak-tapaknya yang suci, khidmat mereka ini dianggap sebagai penebusan dosa yang dilakukan untuk menjamin mereka masuk ke syurga, atau dalam aspek duniawi, mereka memiliki beberapa alasan seperti mencari pengembaraan, keuntungan peribadi, promosi sosial atau sekadar demi mencari sumber pendapatan biasa dan makanan yang mewah.
Rekrut haruslah seorang pemuda yang merdeka (bukan golongan hamba) daripada hasil kelahiran yang sah, dan semenjak dari abad ke-13 M, jika mereka ingin menjadi kesatria, mereka harus memiliki d4rah keturunan kesatria. Walaupun jarang berlaku, seorang lelaki yang sudah berkahwin boleh menyertai Templar dengan syarat pasangannya bersetuju.Kubu Miravet di Sepanyol
Ramai rekrut dijangkakan dapat membuat sumbangan yang besar ketika menyertai perintah ini, dan kerana memiliki hutang adalah dilarang, status kewangan mereka yang direkrut pastinya menjadi pertimbangan.
Walaupun ada beberapa remaja di bawah umur turut menyertai Templar (yang dihantar oleh ibu bapa mereka dengan harapan, latihan ket3nteraan yang diterima anak lelaki yang lebih muda boleh dimanfaatkan kerana mereka tidak akan mewarisi harta pusaka keluarga), kebanyakan rekrut baru Templar berusia sekitar pertengahan 20-an.
Kadang-kadang ada rekrut yang menyertai Templar setelah lanjut usia. Contohnya, seorang kesatria Inggeris yang hebat, Sir William Marshal (meninggal dunia pada 1219 M), sebagaimana kebanyakan bangsawan yang lain, mereka hanya menyertai Templar tidak lama sebelum mereka meninggal dunia, dia meninggalkan harta pusaka melalui wasiatnya, bahkan dia dimakamkan di Temple Church, London di mana tugunya mungkin masih boleh dilihat hari ini.
Terdapat dua struktur penjawatan dalam perintah itu: iaitu kesatria dan sarjan, dengan kumpulan selainnya diisi oleh kakitangan bukan t3ntera dan orang awam. Sebilangan besar rekrut adalah dari kumpulan kedua. Benar, jumlah kesatria dari seluruh perintah ket3nteraan itu sangat sedikit. Mungkin hanya terdapat beberapa ratus kesatria Templar pada satu-satu masa, kadang-kala boleh meningkat menjadi 500 kesatria apabila saat k0nflik atau berlaku per4ng yang sengit.Temple Church di London
Kesatria Templar mungkin ada waktunya kalah dari segi bilangan jika dibandingkan dengan askar lain-lain pangkat dari perintah tersebut seperti infantri (sarjan atau rekrut dari wilayah naungan) dan t3ntera upahan (terutamanya pem4nah), serta pasukan pengawal, pembawa barang, dan anggota bukan tempvr. Anggota yang lain termasuklah pendeta atau paderi, tukang, buruh, pelayan, dan bahkan beberapa orang wanita yang diserap menjadi anggota biarawati.
Perintah ket3nteraan ini diketuai oleh Grand Master yang berdiri di puncak piramid kekuasaan. Ahli-ahli biara dikumpulkan dalam kawasan geografi yang dikenali sebagai priori. Di zon-zon yang bermasalah seperti Levant, banyak biara ditempatkan di istana sementara di tempat lain biara ditubuhkan untuk mengawal tanah yang dimiliki oleh Templar. Setiap biara diuruskan oleh ‘pembimbing’ atau komander dan mereka akan melaporkan kepada ketua biara di tempat biara itu berada.
Surat, dokumen dan laporan berita akan saling bertukar tangan di antara biara-biara, semuanya membawa pengesahan melalui cop mohor Templar, yang biasanya menonjolkan imej dua kesatria di atas seekor kuda tunggal, dikatakan bermaksud untuk memupuk perpaduan di antara cabang-cabang yang jauh. Biara biasanya menghantar satu pertiga daripada hasil pendapatan mereka ke markas utama Templar.
Grand Master akan tinggal di markas di Jerusalem, kemudian di Acre dari 1191 M, dan di Cyprus setelah 1291 M. Di sana dia dibantu oleh pegawai tinggi lain seperti Panglima Besar dan Marsyal bersama dengan pegawai-pegawai yang lebih rendah yang menjaga keperluan tertentu seperti pakaian dan makanan.Cop mohor Knights Templar
Kadang-kala berlaku persidangan melibatkan beberapa perwakilan dari seluruh struktur perintah dan beberapa bahagian di peringkat provinsi, tetapi kelihatannya mereka terpaksa menghadapi banyak jurang akibat kesan autonomi dalam beberapa biara tempatan, dan hanya beberapa episod kesilapan yang pernah berlaku.
Pakaian Seragam & Peraturan
Walaupun para kesatria bersumpah untuk menyertai perintah Templar, seperti di biara-biara, peraturannya tidak begitu ketat dan tiada sekatan atau kewajiban untuk sentiasa kekal berada di dalam tempat tinggal mereka. Ketaatan kepada Grand Master adalah sumpah terpenting yang harus dibuat, kehadiran di upacara gereja adalah wajib, bahkan, jika mereka belum berkahwin, mereka perlu menjadi seorang teruna sepanjang hayat, dan mereka hanya dibenarkan makan makanan yang diberikan (yang berlaku hampir setiap hari, hidangannya termasuk daging).
Keseronokan duniawi tidak dibenarkan, dan ini turut melibatkan hobi-hobi peribadi seorang kesatria seperti memburu dan menjaja dan tidak memakai pakaian dan senj4ta yang mencolok mata di mana ia biasa diamalkan oleh seorang kesatria biasa. Sebagai contoh, tali pinggang yang mewah sering menjadi alat perhiasan seorang kesatria biasa, tetapi seorang Kesatria Templar hanya dibenarkan memakai tali pinggang berbulu yang sederhana untuk melambangkan ‘kezuhudan’.
Kesatria Templar memakai jubah putih dan mantel di sebalik pakaian perisai besi mereka, seperti yang telah disebutkan, lambang salib merah terpapar pada dada kiri mereka. Salib merah juga ditonjolkan pada kain pelapik kuda dan di atas panji-panji atau jata Kesatria Templar. Ini menjadikan mereka berbeza dengan Knights Hospitaller (yang memakai salib putih berlatar belakang warna hitam) dan Teutonic Knights (yang memakai salib hitam berlatar belakang putih).
Perisai Templar, sebaliknya, lazimnya berwarna putih dengan jalur mendatar berwarna hitam tebal di bahagian atas. Sarjan memakai mantel atau jubah berwarna coklat atau hitam atau vice versa. Satu lagi ciri khas Templar adalah mereka semua berjanggut dan berambut pendek mengikut gaya standard abad pertengahan.
Kesatria bersaudara ini boleh memiliki harta peribadi mereka sendiri (samada yang bergerak atau statik), tidak seperti perintah ket3nteraan lain. Dari segi pemakaian mereka juga memiliki peraturan yang kurang ketat, golongan Templar dibenarkan memakai linen pada musim bunga dan musim panas (tidak semestinya yang kapas tebal), satu peraturan yang semestinya amat disyukuri oleh para anggotanya dalam menghadapi iklim yang lebih panas.
Sekiranya salah satu ketetapan perintah itu, yang dikenali secara kolektif sebagai Peraturan, tidak dipatuhi, maka para anggota boleh dihvkum dengan hvkuman yang mungkin terdiri dari penarikan hak istimewa hingga ke hvkuman dis3bat dan bahkan hvkuman penj4ra seumur hidup.
Per4ng Salib
Mahir mengendalikan tomb4k, ped4ng dan p4nah, serta berperisai, Kesatria Templar dan perintah ket3nteraan lain adalah yang paling terlatih dan paling lengkap dari mana-mana anggota t3ntera Salib yang lain. Atas sebab ini, mereka sering dikerahkan untuk melindungi rusuk, barisan hadapan dan belakang pasukan di medan tempvr. Templar sangat terkenal dengan pasukan berkuda mereka yang berdisiplin ketika menyer4ng dalam formasi ketat, mereka memecah masuk melalui garis musuh dan menyebabkan huru-hara yang kemudian boleh dieksploitasi oleh pasukan sekutu yang menyusul kemaraan mereka.Ilustrasi t3ntera Salib ketika meny3rang Jerusalem
Mereka juga sangat berdisiplin dalam pertempvran dan di kem, dengan hvkuman berat yang dikenakan terhadap para kesatria yang tidak menurut arahan, termasuk pengusiran dari perintah, atau r4mpasan samada ped4ng atau kuda seseorang kerana kecuaian.
Dikatakan, perintah Kesatria Templar secara keseluruhannya amat sukar untuk diawasi oleh komander Per4ng Salib, memandangkan mereka sentiasa menjadi pasukan yang paling bersemangat dan berdaya saing yang tinggj untuk merebut nama dan penghormatan.
Kesatria Templar sering diberi tugas untuk mempertahankan laluan penting seperti di Amanus utara Antioch. Mereka memperoleh tanah dan kubu yang tidak mampu dikendalikan oleh negara-negara Salib lain kerana kekurangan tenaga kerja. Mereka juga membina kembali kubu-kubu yang hancvr atau membina kubu yang baru untuk mempertahankan Timur Kristian dengan lebih baik.
Kesatria Templar menyedari fungsi asalnya adalah sebagai pelindung perjalanan ziarah jemaah Kristian ke Tanah Suci, maka mereka mengendalikan banyak kubu kecil di sepanjang laluan jemaah di sekitar Levant atau bertindak sebagai pengawal keselamatan.
Walaupun terlibat dalam banyak kejayaan seperti Pengepvngan Acre pada tahun 1189-91 M, Pengepvngan Damietta pada 1218-19 M, dan men4wan Konstantinopel pada tahun 1204 M, terdapat beberapa kekalahan besar di sepanjang perjalanan mereka, dan berdasarkan reputasi mereka sebagai t3ntera, para Templar biasanya dijangka dihvkum m4ti sekiranya mereka tertangkap.
Semasa Pertempvran La Forbie di Gaza pada Oktober 1144 M, t3ntera Ayyubid mengalahkan t3ntera Latin yang jauh lebih besar dan 300 kesatria Templar terbvnuh. 230 kesatria Templar yang dit4wan dip3nggal kepala mereka setelah Pertempvran Hattin pada tahun 1187 M yang dimenangi oleh t3ntera Salahuddin al Ayubbi.
Anggota Templar yang lebih penting, seperti biasanya pada masa itu ditawarkan sebagai pertukaran tebvsan. Istana Templar di Gaza harus diserahkan untuk menuntut pembebasan ketua yang ditangkap setelah pertempvran yang sama. Kekalahan berat yang lain berlaku pada 1250 M dalam pertempvran Mansourah di Mesir semasa Per4ng Salib Ketujuh (1248-1254 M). Walaupun begitu, rangkaian biara yang luas selalunya dapat menampung kehilangan sumber daya dan tenaga kerja.
Kritikan & Pembubaran
Kerana sebahagian besar undang-undang yang diterapkan mereka sendiri dan ancaman ket3nteraan mereka yang kuat, penguasa-pengiasa barat merasa terancam terhadap perintah ket3nteraan Templar, terutamanya apabila mereka mulai mengumpulkan banyak rangkaian tanah dan simpanan tunai. Seperti perintah ket3nteraan yang lain, pihak Templar juga telah lama dituduh menyalahgunakan hak mereka serta memer4s keuntungan berlebihan dari urusan kewangan mereka.
Mereka dituduh melakukan rasuah dan telah menyimpang dengan sikap riak dan tamak haloba. Mereka dikatakan mula lupa daratan gara-gara gaya hidup yang terlalu mewah dan sering membazirkan wang yang sepatutnya boleh dibelanjakan dengan lebih baik untuk menaiktaraf struktur ket3nteraan mereka dalam kempen Per4ng Suci. Mereka didakwa telah membazirkan sumber untuk bersaing dengan perintah saingan mereka, terutamanya Kesatria Hospitallers.
Terdapat juga pendapat lama yang mengatakan para pendeta dan para pejuang bukanlah gabungan yang serasi. Ada juga yang mengecam perintah itu kerana tidak berminat memurtadkan orang Islam tetapi lebih gemar menyemb3lih mereka.
Manakala kritikan-kritikan yang lain lebih didasarkan pada hasutan yang dicetuskan diantara perintah-perintah yang berbeza, semuanya kerana kekayaan melampau mereka yang mengakibatkan timbul perasaan cemburu dan kecurigaan umum.
Menjelang akhir abad ke-13 M, ramai pihak yang menganggap perintah ket3nteraan Templar terlalu bebas untuk kepentingan semua orang dan penggabungannya dengan perintah yang lain menjadi satu organisasi berpusat dianggap sebagai jalan penyelesaian terbaik untuk menjadikan mereka lebih bertanggungjawab kepada pihak Gereja dan pemerintah negara masing-masing.Ilustrasi seorang kesatria Templar di Mediteranean
Kemudian, sekitar tahun 1307 M, banyak tuduhan yang lebih serius dilemparkan terhadap Templar. Dikatakan bahawa mereka menafikan Jesus sebagai Tuhan, menafikan peristiwa penyaliban dan menghina lambang salib. Ada desas-desus mendakwa upacara sumpah persaudaraan melibatkan perbuatan memijak, meludah, dan membuang air kecil ke atas objek atau imej salib.
Tuduhan ini diberitakan secara umum terutamanya melalui pengumuman oleh kerajaan Perancis. Para paderi biasa juga cemburu dengan hak-hak Templar seperti hak pengebvmian, di mana ia merupakan garis sampingan yang berpotensi memberi keuntungan bagi mana-mana gereja tempatan. Pertubuhan politik dan agama bergabung bersama dengan matlamat untuk memvsnahkan Templar. Kehilangan negara-negara Salib di Levant pada tahun 1291 M menambahkan lagi alasan yang menjadi pencetus utama.
Pada hari Jumaat 13 Oktober 1307 Masehi, Raja Philip IV dari Perancis memerintahkan semua anggota Templar di Perancis agar ditangkap. Apa yang mendorong kepada arahannya itu kekal tidak jelas, tetapi sejarawan moden mencadangkan beberapa teori termasuklah ancaman ket3nteraan Templar, hasrat untuk merampas kekayaan mereka, peluang untuk mendapatkan keuntungan politik dan prestij di mata Kepausan, malahan dikatakan Philip benar-benar mempercayai khabar angin yang menentang Templar.
Selain dari menafikan Jesus dan menghina simbol salib, beberapa tuduhan lebih lanjut adalah seperti mempromosikan budaya homos3ksual, berciuman di tempat awam, dan penyembahan berhala. Pada mulanya, Paus Clement V mempertahankan Templar dari ser4ngan psikologi terhadap Templar, apatah lagi Templar juga merupakan salah satu perintah ket3nteraan dibawahnya, tetapi Philip berjaya mengeluarkan pengakuan dari beberapa pemimpin Templar termasuklah Grand Master Jacques of Molay.
Akibatnya, Paus memerintahkan tangkapan dilakukan terhadap kesemua anggota Templar di Eropah barat, dan harta benda mereka disita. Templar tidak dapat melawan kecuali di Aragon di mana sejumlah kesatria bertahan di kubu mereka hingga 1308 M.
Perbicaraan berlangsung di Paris pada tahun 1310 M, setelah itu 54 orang kesatria diikat pada tiang dan dibak4r hidup-hidup. Pada 1314 M, Grand Master Templar, Jacques of Molay, dan pembimbing Normandy, Geoffrey of Charney, juga dibak4r di Paris. Mereka tetap memprotes sebagai tidak bersalah ketika sedang diiring ke tapak pelaksanaan hvkumannya.
Nasib keseluruhan perintah itu walaubagaimanapun diputuskan oleh Council of Vienne pada 1311 M. Siasatan yang dilakukan dalam tiga tahun sebelumnya mengenai urusan Templar di seluruh Eropah dipertimbangkan, seperti pengakuan (kemungkinan diperoleh melalui peny3ksaan), yang tidak sekata – kebanyakan kesatria di Perancis dan Itali, dan tiga dari Inggeris mengaku di atas semua tuduhan tetapi tidak ada mengaku demikian berkaitan dengan tuduhan paling serius dari Cyprus atau semenanjung Iberia.Gambaran ketika Jacques of Molay dibawa ke lokasi pelaksanaan hukvmannya
Sekelompok kesatria dipanggil untuk mendengar pembelaan mereka, namun dalam perbicaraan terakhir itu, mereka tidak dipanggil, dan ketika Philip tiba di dewan, Paus secara rasminya mengisytiharkan perintah itu dibubarkan pada 3 April 1312 CE, walaupun alasannya adalah kerana kehilangan reputasinya yang teruk dan bukannya keputusan bersalah.
Bukti fizikal untuk tuduhan seperti catatan, patung berhala dan lain-lain, tidak pernah dikemukakan. Di samping itu, ramai kesatria yang kemudiannya menarik balik pengakuan mereka walaupun mereka sudah didakwa bersalah, dan ternyata penarikan pengakuan mereka itu hanya sia-sia.
Sebahagian besar bekas Knights Templar yang lain diperintahkan bersara dan dilarang menyertai perintah ket3nteraan lain. Sebilangan besar aset Templar diserahkan kepada Knights Hospitaller atas perintah Paus pada 2 Mei 1312 M. Namun, banyak tanah dan wang berakhir di kantung para bangsawan, terutamanya di Castille.
Sebaliknya, ser4ngan terhadap Templar tidak banyak mempengaruhi perintah ket3nteraan yang lain. Cadangan untuk menggabungkan mereka semua menjadi satu kesatuan hanya tinggal cadangan, dan Teutonic Knights yang mungkin lebih layak dikritik berbanding perintah lain, diselamatkan hasil hubungan rapatnya dengan pemerintah sekular Jerman.
Teutonic Knights memindahkan markas mereka dari Vienna ke Prussia yang lebih terpencil sementara Knights Hospitaller dengan bijaknya memindahkan markas mereka ke kedudukan yang lebih selamat di Rhodes, kedua-duanya meneruskan gerakan mereka pada dan masih wujud sehingga ke hari ini. Kini Knights Hospitaller lebih dikenali sebagai The Sovereign Milit4ry Order of Malta (Perintah Ket3nteraan Berdaulat Malta).
Manakala bagi Teutonic Knights, perintah itu kekal berkuasa ke atas hak pegangannya di kawasan Katolik Jerman hingga 1809, ketika Napoleon Bonaparte memerintahkan pembubarannya dan mereka kehilangan pegangan sekularnya yang terakhir.
Namun Teutonic Knights terus wujud sebagai badan kebajikan dan entiti simbolik melalui upacara tertentu. Ia pernah diharamkan oleh Adolf Hitl3r pada tahun 1938, tetapi ditubuhkan semula pada tahun 1945. Hari ini mereka beroperasi sebagai badan kebajikan di Eropah Tengah.
RUJUKAN:
Butler, Alan; Stephen Dafoe (1998). The Warriors and the Bankers: A History of the Knights Templar from 1307 to the present. Belleville: Templar Books.
http://dlvr.it/Rp3jKz
No comments:
Post a Comment