Thursday, December 31, 2020

Ecuador reports 1,000 new COVID-19 cases

QUITO, Dec. 31 (Xinhua) -- Ecuador's Ministry of Public Health on Thursday reported 1,000 new daily COVID-19 cases and four fatalities, raising the total number of cases to 212,512 and the death toll to 9,473. Read full story
http://dlvr.it/RphrMH

Brazilian gov't raises minimum wage for 2021

BRASILIA, Dec. 31 (Xinhua) -- Brazil's government on Thursday announced it was raising the minimum wage for 2021, from 1,045 reals (201 U.S. dollars) to 1,100 reals (212 U.S. dollars). Read full story
http://dlvr.it/RphrKN

Brazil's public sector primary deficit in November sets four-year high

BRASILIA, Dec. 30 (Xinhua) -- Brazil's public sector registered a primary deficit of 18.1 billion reals (3.49 billion U.S. dollars) in November, the worst result for the month since 2016, the Central Bank of Brazil announced on Wednesday. Read full story
http://dlvr.it/Rph74B

Wednesday, December 30, 2020

New York transit hub Penn Station to expand capacity by 50 pct upon completion of train hall

NEW YORK, Dec. 30 (Xinhua) -- The long-awaited expansion of Penn Station, a major city and interstate rail-transit hub in New York, into the James A. Farley Post Office Building will be completed by New Year's Eve and trains will roll into the new Moynihan Train Hall starting Jan. 1, according to New York State Governor Andrew Cuomo at a ceremony held in the new hall on Wednesday. Read full story
http://dlvr.it/RpdQN9

Migrants stranded in open air in Bosnia after relocation fails

BIHAC, Bosnia (Reuters) - Hundreds of migrants from Africa, Asia and the Middle East were left stranded in the open air on Wednesday when an attempt to relocate them to another site in Bosnia after fire wrecked their temporary camp failed, police and migrants said. Read full story
http://dlvr.it/RpdQMC

SOLIDWORKS: Custom View Orientation

Sometimes Standard View Orientation, Projected Views or Auxiliary Views will not get you the view results your trying to accomplish. There are other techniques for creating custom view orientation. New […] The post SOLIDWORKS: Custom View Orientation appeared first on Computer Aided Technology.
http://dlvr.it/Rpd0Sk

Friday, December 25, 2020

Perayaan Pagan Rom: Asal Usul Sambutan Krismas

Beberapa hari saja lagi penganut Kristian bakal menyambut sambutan Krismas. Tetapi tidak ramai tahu asal-usul perayaan ini ada kaitan dengan sebuah perayaan pagan yang diraikan dengan meriah pada era Rom. Perayaan yang dimaksudkan ialah Saturnalia. Jadi, bagaimana Saturnalia menjadi hari perayaan rasmi orang Rom ketika itu? Menurut Dr Carey Fleiner dari Universiti Winchester, Saturnalia sebenarnya gabungan tiga sambutan keraian musim sejuk selama beberapa abad. Pertama, sudah tentu Saturnalia yang dijadikan sebagai hari meraikan Saturn[1] dan selalunya diadakan pada setiap 17 Disember. Rajah 1: Dewa Saturn Tetapi tarikh tersebut kemudiannya diberi kepada Ops/Opis, satu hari keraian yang didedikasikan kepada isteri Saturn merangkap adiknya sendiri. Dalam mitologi masyarakat Rom, Opalia merupakan dewi kekayaan dan buah-buahan di bumi. Oleh kerana kedua-dua keraian Saturn (langit) dan Ops/Opis (bumi) saling berkait, kedua-dua keraian digabungkan menurut sejarawan Rom Macrobius.Rajah 2: Patung isteri Augustus, Livia memakai kostum Ops/Opis. Keraian ketiga pada musim sejuk ialah meraikan solstis musim sejuk pada hari yang dipanggil Brumalia. Brumalia selalu diraikan pada hari solstis sama ada pada 21 atau 22 Disember. Ketiga-tiga perayaan ini kemudiannya digabungkan sebagai sambutan keraian selama seminggu dari 17 hingga 23 Disember. Bagaimanapun, tempoh sambutan dipendekkan kepada tiga hari semasa era anak saudara Julius Caesar, Maharaja Augustus[2]. Augustus berbuat demikian kerana tempoh hari keraian Saturnalia dilihat memberi kesan kepada tempoh hari bekerja rakyat pada ketika itu. Berbeza pula dengan Maharaja Caligula[3]. Walaupun dianggap gila oleh golongan bangsawan dan hartawan Rom, baginda sentiasa dijulang sebagai wira oleh rakyat biasa kerana melaksanakan polisi pro-rakyat. Antara polisi baginda yang disukai mereka ialah memanjangkan tempoh sambutan Saturnalia kepada lima hari. Menjelang abad kelima Masihi, sambutan diadakan selama dua minggu. Bagi menandakan sambutan Saturnalia, seorang raja dipilih sebagai Saturnalicius princeps atau pemimpin Saturnalia. Selalunya yang dipilih ialah orang yang berada pada kedudukan terbawah dalam sesebuah isi rumah dan mereka diberi hak melakukan gurauan-gurauan nakal pada hari tersebut. Pada hari itu, orde sosial Rom berubah seketika untuk satu hari – misalnya hamba dilayan atau makan bersama pemilik mereka, orang dewasa melayan kanak-kanak dan hamba dibenarkan berjudi. Bagi golongan bangsawan pula, mereka memakai pakaian berwarna-warni yang dipanggil sintesis. Sintesis bermaksud dipakai bersama dan pada hari itu, mereka akan memakai apa jenis pakaian yang dimahukan. Semasa Saturnalia, orang Rom turut memakai sejenis topi yang dipanggil pilleum. Pilleum atau topi kebebasan selalunya dipakai oleh hamba apabila mereka dimerdekakan oleh tuan mereka. Tetapi untuk keraian Saturnalia, ia dianggap simbol kebebasan bahawa mereka boleh melakukan apa yang mereka suka pada hari itu. Kebiasaannya, penduduk Rom akan berpesta di rumah mereka. Tetapi sambutan keraian Saturnalia yang terbesar selalunya dibuat di Kuil Saturn. Apabila penduduk Rom berkumpul di jalanan, mereka akan mengucapkan kata-kata sambutan ini sesama mereka, “Io Saturnalia!”Rajah 3: Runtuhan Kuil Saturn di Rom, Itali. Dalam setiap jamuan mereka, sebuah patung kecil dewa Saturn akan diletakkan di situ sebagai tanda dewa pertanian Rom itu ada semasa sambutan. Sepanjang tahun, kali patung Saturn di Kuil Saturn akan diikat dengan tali kapas. Tetapi semasa Saturnalia, tali tersebut dilonggarkan sebagai simbol kebebasan untuk orang Rom melakukan apa saja pada hari itu. Walaupun Saturnalia dianggap hari bersuka ria oleh orang Rom, bukan semua orang menyukainya. Filsuf dan penulis Rom Seneca menyifatkan orang yang meraikan Saturnalia sebagai tidak terkawal. Sementara Pliny Si Muda[4] (nama sebenar Gaius Caecilius Cilo) menyatakan lebih suka berada di bilik bacaannya daripada bersama isi rumah yang meraikan perayaan tersebut. Apabila agama Kristian diangkat sebagai agama rasmi Rom oleh Constantine I, pihak berkuasa ketika itu juga menolak sekeras-kerasnya sambutan Saturnalia. Pada lewat abad keempat, mazhab-mazhab Kristian[5] masih bertelagah tentang tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. Tidak seperti orang Rom yang beragama pagan, agama Kristian tidak memberi keutamaan kepada tarikh kelahiran seseorang dan satu-satunya tarikh yang dianggap penting ialah sambutan Easter. Akhirnya, mereka bersetuju menetapkan 25 Disember sebagai tarikh kelahiran baginda. Bagi mereka, hari itu ialah hari keagamaan dan bukan hari bersuka ria seperti sambutan Saturnalia sebelumnya. Pada hari itu juga, semua aktiviti yang biasa dilakukan semasa Saturnalia seperti berjudi, minum arak dan menyembah dewa pagan dilarang sama sekali. Bagaimanapun, itu tidak menghalang orang Rom ketika itu daripada menyambutnya secara rahsia. Menjelang abad kelapan Masihi, masih wujud rungutan dalam kalangan pihak gereja tentang kecenderungan orang ramai menyambut Saturnalia atau mana-mana keraian musim sejuk yang ada kaitan dengan dewa-dewi pagan. NOTA KAKI: [1] Dewa pertanian bagi orang Rom. Dewa Kronos mempunyai tugas sama dengan Saturn dalam mitologi masyarakat Yunani. [2] Maharaja Rom yang pertama dari 27 SM hingga 14 Masihi. Pelbagai reformasi yang diperkenalkan baginda pada ketika itu menjadi batu asas kepada kemakmuran dan keamanan Rom yang dikenali sebagai Pax Romana. [3] Maharaja ketiga Rom dengan nama sebenarnya ialah  Gaius Caesar Augustus Germanicus. Caligula ialah nama timangannya yang bermaksud kasut kecil yang diberi oleh askar-askar Rom yang berkhidmat di bawah ayahandanya, Germanicus. Memerintah dari 37-41 Masihi sebelum dibunuh oleh kumpulan Pengawal Praetor diketuai Cassius Chaerea hasil konspirasi golongan atasan yang tidak menyukai baginda. [4] Peguam, majistret dan penulis era Rom. [5] Majlis Nicaea ialah majlis di mana mazhab-mazhab Kristian berkumpul dan bermesyuarat dengan tujuan menyeragamkan semua aspek agama Kristian. Majlis dipanggil buat kali pertama pada tahun 325 Masihi semasa era Constantine I. Perjumpaan ini merupakan yang pertama dari tujuh siri mesyuarat membabitkan gereja-gereja Kristian. Mesyuarat terakhir diadakan di Nicaea pada 787 Masihi untuk menangani isu-isu berbangkit yang masih timbul dalam mesyuarat majlis sebelumnya. RUJUKAN: Fleiner, C. (2013). Saturnalia: the origins of the debauched Roman ‘Christmas’. History Extra. Cartwright, M. (2016). Saturnalia. Ancient History Encyclopedia.
http://dlvr.it/RpKSyv

Asal Usul Seorang Santa Claus – Sejarah Dan Mitos

Menurut catatan dari Wikipedia, karakter dan budaya Santa Claus dalam sambutan perayaan Krismas dianggap sebagai salah satu amalan sekularisme yang diterima oleh masyarakat Kristian hari ini (lebih kurang macam amalan memberi duit raya semasa perayaan Aidilfitri) sebagai salah satu budaya dalam sambutan perayaan Krismas, dan budaya pemberian hadiah oleh Santa Claus ini dikatakan bermula dengan gabungan karakter seorang tokoh paderi Ortodoks Yunani bernama Saint Nicholas dengan kisah-kisah mitos Nordic. Di tempat berbeza ia dikenali sebagai karakter tokoh yang berbeza seperti menurut budaya Inggeris, Santa Claus berasal dari Father Christmas, dan di Belanda dikenali sebagai Sinterklaas (juga berdasarkan Saint Nicholas). Seperti tokoh pemberian hadiah lain untuk musim sebegini, Santa Claus juga menyerap unsur-unsur dewa Jermanik bernama Wodan, yang dikaitkan dengan peristiwa pagan Yule pada pertengahan musim sejuk iaitu peristiwa Wild Hunt yang dilakukan di atas ‘langit’. Tetapi persoalan yang paling utama yang mungkin sering ditanya oleh mereka yang menyambut perayaan ini menurut pemikiran sejarah tentang Father Christmas: Siapakah Saint Nicholas yang sebenarnya, dan bagaimana dia boleh dikaitkan dengan perayaan Krismas? Konsep Krismas yang melibatkan tokoh suci atau ‘Saint’ pemberi hadiah dianggap bermula dengan lagenda Saint Nicholas, yang dikatakan sebagai seorang paderi berpangkat biskop pada abad ke-4 di kota Myra, Lycia Yunani (sekarang kota Demre di provinsi Antalya, Turki). Hari Saint Nicholas ditanda sebagai hari sambutan setiap tahun oleh kebanyakan penganut Kristian pada 6 Disember.Sinterklaas di Belanda Namun, menurut Judith Flanders, pengarang Christmas: a Biography, indivindu tersebut hampir pasti merupakan rekaan semata-mata, kerana tidak ada dokumen sejarah yang boleh dipercayai bagi membuktikan kewujudannya. Apa yang ada untuk pakar-pakar rungkaikan hanyalah penulisan, seperti catatan buku nota, yang menjelaskan apa yang orang percaya tentang dirinya. Sejarawan tahu bahawa Saint Nicholas memegang reputasi atas sikap kemurahan hatinya semenjak berabad yang lalu. Contohnya, buku The Golden Legend, yang diterbitkan oleh seorang anggota gereja Genoa sekitar tahun 1260, mendakwa bahawa St. Nicholas menyeludup tiga guni emas melalui tingkap rumah seorang lelaki Kristian yang ‘alim’ tetapi miskin sehingga lelaki itu mampu menebus mahar untuk ketiga-tiga anak perempuannya agar mereka tidak perlu lagi dijual untuk dijadikan pelacvr. Ketika legenda St. Nicholas berkembang, reputasinya itu terpecah menjadi kisah-kisah rakyat di beberapa bahagian berbeza. Di beberapa bahagian Eropah abad ke-16 dan ke-17, St. Nicholas digambarkan sebagai seseorang yang suka menghadiahkan epal, kekacang dan makanan yang dipanggang, dan dijadikan simbol hasil tuaian yang melimpah ruah. Di Belanda, Hari St. Nicholas adalah hari di mana seseorang yang berpakaian seperti ‘saint’ akan pergi dari rumah ke rumah bersama dengan seorang hamba, sama ada untuk memberi hadiah ganjaran atau hadiah berbentuk pengajaran/hvkuman terhadap kanak-kanak bergantung kepada budi mahupun dosa yang telah mereka lakukan. Kanak-kanak yang baik kebiasaannya akan menerima hadiah yang dimaksudkan seperti karung emas, sementara yang j4hat akan menerima ketulan arang batu. Di Perancis dan Inggeris, buku menjadi hadiah pilihan kerana budaya itu berkembang di saat masyarakat Eropah mula menyedari kepentingan untuk celik huruf. Secara beransur-ansur, perhiasan kecil, wain, alat permainan, dan makanan mewah turut sama menjadi hadiah pilihan. Tetapi bagaimana Saint Nicholas datang ke Amerika Utara dan akhirnya menjadi Santa Claus adalah sangat misteri. Terdapat dua rujukan kecil untuk Santa Claus dalam satu artikel New-York Gazetteer tulisan James Rivington pada tahun 1770-an, salah satunya merujuk kepada frasa “St. Nicholas, otherwise called Santa Claus.” (St. Nicholas, atau disebut sebagai Santa Claus). 25 Disember merupakan tarikh yang sering dinantikan kanak-kanak Kristian setiap tahun Ia sekaligus telah menolak dan membatalkan teori sebelum itu bahawa penulis Washington Irving adalah orang yang mencipta istilah “Santa Claus,” ini kerana Irving dilahirkan pada tahun 1783. Dan kemudian nama atau perkataan itu gagal ditemui dalam bentuk cetakan selama beberapa dekad. Namun, Irving dianggap layak menerima kredit di atas jasanya mempromosikan “kisah mitologi silam Belanda” tentang Saint Nicholas yang baik hati. Dalam karya satira sejarahnya pada awal abad ke-19 di New York, iaitu Knickerbocker’s History of New York, dia mendakwa bahawa meraikan tokoh suci itu adalah amalan tradisi lama Belanda di awal New Amsterdam. Dia meletakkan kedudukan St. Nicholas sebagai satu simbol cara hidup yang lebih sederhana dan lebih baik bertentangan dengan bandar New York yang kian membangun dan lebih sibuk pada awal tahun 1800-an. Versi awalnya mengenai sejarah New York adalah dianggap sebagai tidak tepat. Dia menyebut sebuah gereja yang dinamakan bersempena nama St. Nicholas, sedangkan pada hakikatnya New York tidak menerima gereja pertamanya dengan nama itu hingga abad ke-20, dan merungkai kenyataan bahawa Gereja Reformasi Belanda New Amsterdam sebenarnya melarang tokoh-tokoh suci dikaitkan dalam ketaatan beragama. “Apabila buku itu muncul, semua orang tahu ia hanyalah satira, tetapi ia sangat cepat dilupakan,” kata Flanders, “dan ia mula dianggap sebagai sejarah.” Jadi apa yang sebenarnya berlaku?  Sekiranya ada pihak yang membawa nama Santa Claus ke Amerika, Flanders mengatakan kredit mungkin harus diberikan kepada kira-kira 25,000 orang Switzerland yang menetap di kawasan tumpuan besar di New York, North Carolina dan Pennsylvania. Mereka berasal dari wilayah yang bermulanya penandaan Hari Saint Nicholas, dan nama St. Nicholas muncul dalam pelbagai dialek berbeza, samada dialek Schweizerdeutsch, atau Swiss-Jerman, sebutannya akan menjadi Samichlaus atau Santi-Chlaus, keduanya kedengaran lebih mirip dengan nama Santa Claus berbanding yang kononnya merupakan kata serapan Belanda dari nama Sint Niklaas.Seorang lelaki berpakaian sebagai Santa Claus untuk mengumpul dana bagi Sukarelawan Amerika di tepi jalan di Chicago, Illinois, pada tahun 1902 Idea tentang Saint Nicholas sebagai orang yang selalu turun dan naik melalui cerobong asap rumah orang untuk menyampaikan hadiah adalah lebih mudah dikesan. Puisi Clement Clarke Moore tahun 1822 yang berjudul “A Visit from St. Nicholas”  yang terkenal dengan bait permulaan “Twas the night before Christmas“ lah yang telah mencipta gambaran yang tidak dapat dilupakan itu. Oleh kerana arus revolusi industri menjadikan harga barangan lebih berpatutan untuk dimiliki setiap golongan, gambaran popular Santa Claus versi ‘panjat rumah orang’ juga kian meningkat, ia dirai bersama dengan tradisi kad ucapan Krismas dan pokok Krismas. Menjelang berakhirnya abad tersebut, perayaan hari Krismas disambut sebagai hari cuti persekutuan di Amerika Syarikat. Adat dan budaya Krismas mendorong rasa kemasyarakatan dan perpaduan pada saat perkembangan urbanisasi, perindustrian dan kenangan Per4ng Saudara sebelum itu telah membuat ramai orang merasa tidak tenteram. Bahkan, tahu tak? Label minuman bergas yang popular iaitu Coca-Cola pernah didakwa sebagai pihak yang bertanggungjawab mencipta imej Santa Claus hari ini berikutan imej warna korporat merah putih yang digunakan mereka. Perbahasan tentang Coke mencipta imej moden Santa dalam warna merah putih sebagai imej korporat telah kembali menjadi isu mitos yang hangat di bandar Virginia dalam beberapa tahun lepas. Namun ia dinafikan oleh penjaga arkib Coca-Cola, Phil Mooney. Dia lebih menyokong pendapat bahawa imej Santa Claus yang berpakaian warna merah sebenarnya berasal dari tahun 1800-an, ketika pelukis Thomas Nast menggambarkannya seperti itu di dalam akhbar Harper’s Weekly, dan apabila kad ucapan Krismas Amerika yang pertama menunjukkannya dengan warna merah. Kononnya, warna asal seorang Santa Claus ialah hijau. Ternyata, kerana isu ini, Coca Cola dan Santa Claus yang berpakaian warna merah juga telah dijadikan makanan golongan teori konspirasi dengan tidak semena-mena di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun tanggapan umum, Coca-Cola tetap dianggap sebagai pencetus kepada imej Santa Claus yang sinonim dengan warna merah putih hari walau sekuat mana jua mereka menafikannya. Penafian hanya dilakukan bagi menghormati tradisi jika menurut kenyataan Mooney.Imej hijau yang kononnya dikaitkan dengan Santa Claus.Salah satu iklan komersial Coca Cola sempena perayaan Krismas Tetapi, kekurangan sumber dan pengetahuan tentang kewujudan sebenar sosok tubuh bernama Saint Nicholas tidak perlu dijadikan punca yang merosakkan hari cuti dan musim perayaan anda, hikmahnya, kerana kekurangan itulah yang menyebabkan kajian diteruskan lalu membolehkan tafsiran mengenainya terus berkembang. Hari ini, Saint Nicholas telah dianggap sebagai sesiapa sahaja yang diinginkan oleh orang lain, tetapi untuk melengkapkan artikel ini, penulis sertakanlah serba sedikit maklumat yang penulis perolehi mengenai tokoh tersebut. Saint Nicholas of Myra adalah seorang paderi berpangkat biskop Kristian Yunani Myra abad ke-4 di Lycia, semasa zaman Empayar Rom Byzantine. Myra merupakan sebuah pekan yang kini dikenali sebagai pekan Demre, Lycia pula kini sebuah provinsi yang bernama Antalya. Demre ni pekan yang duduk dalam provinsi Antalya di Turki sekarang. Nicholas adalah seorang yang warak dalam agamanya sejak kecil dan menumpukan kehidupan dia sepenuhnya diabdikan terhadap agama Kristian. Di benua Eropah (lebih tepatnya Belanda, Belgium, Austria, Republik Czech dan Jerman) dia biasanya digambarkan sebagai seorang biskop berjanggut putih dengan jubah kanonik.Saint Nicholas Saint Nicholas dianggap sebagai pelindung kepada para pelaut, pedagang, pem4nah, pencuri yang bertaubat, pelacvr, anak-anak, pembuat bir, penggadai, orang yang belum berkahwin, dan pelajar di beberapa bandar dan negara di seluruh Eropah. Reputasinya menyerlah dikalangan golongan Kristian yang ‘beriman’, hingga kedudukannya diangkat ke tahap yang tinggi sebagaimana para pendeta yang dimuliakan ke tahap ‘santo’ pada awal Kristianiti. Tabiat Nicholas yang sering memberikan hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak menjadikan dia sebagai model tradisional untuk Santa Claus atau Saint Nick melalui pengenalan terawalnya menurut mitologi Belanda, sebagai “Sinterklaas”. Patutlah orang Turki selalu klaim yang Santa Claus berasal dari Turki kan? Masalahnya, Saint Nicholas bukan berasal dari Turki, dia keturunan Yunani tapi lahir di Itali. Walaubagaimanapun, sempena musim perayaan Krismas yang bakal menjelang tiba ini, penulis ingin mengucapkan selamat merayakan Perayaan Krismas buat semua pembaca dan rakan-rakan yang beragama Kristian. Semoga kita semua tidak lupa untuk mematuhi SOP memandangkan kita masih berada dalam suasana w4bak Covid-19 yang tidak selesa lagi. RUJUKAN: Flanders, Judith. (2017). Christmas: a Biography. Thomas Dunne Books. Coke denies claims it bottled familiar Santa image, Jim Auchmutey, Rocky Mountain News, 10 December 2007 William J. Federer (2002). There Really Is a Santa Claus: The History of St. Nicholas & Christmas Holiday Traditions. Amerisearch, Inc
http://dlvr.it/RpKStC

Melayu Dan Yahudi Bersaudara Politik

Israel dari segi politik tidak pernah bersatu. Mana pernah sebuah parti politik mendirikan kerajaan secara tunggal. Ahli politik paling popular seperti Golda Meir sekalipun perlu bergantung pada parti-parti kecil untuk melepasi garisan demokrasi. Setiap kali pilihan raya, tiada parti politik mendapat majoriti 60 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan. Jadi sejak penubuhan lagi, Israel mempunyai kerajaan minoriti diketuai 13 perdana menteri.Golda Meir ialah Perdana Menteri Israel paling popular. Ibaratkan asam, garam dan gula, semua mempunyai rencah rasa berlainan – tetapi apabila dimasak sekali, rasanya enak. Cuma bagaimana kalau salah satu terlebih? Itulah apa yang sedang berlaku di Israel. Secara kebiasaan, sebuah negara demokrasi akan mengadakan pilihan raya setiap penggal yang mungkin empat hingga enam tahun sekali. Mandat Benjamin Netanyahu sepatutnya berakhir pada November 2019. Tetapi pilihan raya diawalkan ke 9 April, kerana 1) rang undang-undang khidmat negara yang memaksa populasi Haredi (ultra-Ortodoks) menyertainya dan juga 2) tuduhan mahkamah terhadap Netanyahu. Seperti biasa tiada parti politik mendapat majoriti. Netanyahu yang memimpin Likud berdepan dengan kebangkitan parti Kahol Lavan diketuai Benny Gantz.Benny Gantz Kedua-dua parti mendapati 35 kerusi. Tetapi masalahnya, kedua-dua parti besar ini tidak dapat meminang parti-parti kecil lain untuk melepas 60 kerusi. Nasib yang sama menimpa Israel beberapa bulan kemudian, apabila pilihan raya kedua (17 September) tidak menghala ke pembentukan kerajaan. Malah populasi Arab pula dilihat bersatu dengan The Joint List dipimpin Ayman Odeh.Ayman Odeh The Joint List mempunyai 13 kerusi, sangat besar untuk dijadikan rakan sokongan sebuah kerajaan. Tetapi masalahnya, parti-parti Yahudi lain enggan bekerjasama sekali jika Kahol Lavan meminang The Joint List. Tidak dapat membentuk kerajaan, Israel mengadakan pilihan raya ketiga dalam masa 12 bulan. Dan keputusan sama berlaku – tiada parti mendapat majoriti, dan tiada siapa ingin bekerjasama dengan Kahol Lavan atau Likud.Keputusan Mac 2020 Malah kali ini Likud ialah parti paling besar, dengan 36 kerusi (berbanding Kahol Lavan yang hanya 33 kerusi). COVID-19 Yang Mengubah Politik Ketika pilihan raya ketiga diadakan pada 2 Mac 2020, seluruh dunia sedang terkejut dengan COVID-19. Israel ketika itu sudah mencatatkan 12 kes. The Joint List mahu bekerjasama dengan Kahol Lavan untuk mengusir Benjamin Netanyahu (Middle East Eye, 2020). Jadi Kahol Lavan (33 kerusi) bersama Yisrael Beiteinu (7 kerusi) menghampiri majoriti 60 dengan The Joint List (15 kerusi). Tetapi masalah timbul apabila Yoaz Hendel dan Zvi Hauser daripada Kahol Lavan sendiri enggan menyokong kerajaan jika Benny Gantz mengambil The Joint List (Hoffman, 2020). Jadi memang mustahil pakatan Arab ini boleh menyertai kerajaan Israel (sekalipun dalam bentuk sokongan sahaja). Gantz tiada pilihan lain. COVID-19 semakin melampau. Beliau terpaksa memungkiri janjinya dan bekerjasama juga dengan Netanyahu untuk membentuk kerajaan (Wootliff, 2020). Gantz dan Netanyahu mencapai persetujuan, yang mana Netanyahu kekal menjadi Perdana Menteri buat suatu tempoh. Sepanjang tempoh ini, Gantz menjadi PM Tepi. Kerajaan Terbubar Kahol Lavan, Likud dan The Joint List menjadi kuat atas faktor yang sama. Ketiga-tiga parti ini ialah gabungan parti-parti kecil. The Joint List menggabungkan empat parti Arab. Likud pula ialah gabungan lima parti pro-kanan. Kahol Lavan menyatukan Hosen (Benny Gantz) dan Yesh Atid (Yair Lapid). Yair Lapid Bezanya, Likud sudah bergabung sejak tahun 1988. Jadi rencah politik parti ini lebih bersatu, tambah pula menjadi kerajaan sejak Ariel Sharon. Beberapa parti politik sebelum ini enggan bekerjasama dengan Kahol Lavan angkara Lapid daripada Yesh Atid. Parti-parti pro-Haredi (ultra-Ortodoks) tidak menyokong rang undang-undang memaksa Haredi masuk khidmat negara.Kelompok Haredi Lapid pula mahu menj3n4yahkan siapa yang enggan masuk khidmat negara (Lis, 2013). Jadi semangat Lapid yang pro-ket3nt3raan memang masuk dengan usaha Gantz. Tetapi apabila Gantz berhubung dengan Netanyahu untuk bersatu membentuk kerajaan, Lapid mengeluarkan Parti Yesh Atid daripada Kahol Lavan (Wootliff, 2020). Keluarnya Lapid meninggalkan Kahol Lavan hanya 14 kerusi (daripada 33). Jumlah ini cukup untuk membentuk kerajaan (seperti dijanjikan antara Netanyahu dan Gantz). Tetapi penyatuan dalam kalangan parti-parti politik sebegini takkan bertahan lama. Dan memang betul tidak bertahan lama. Kerana Israel perlu meluluskan sebuah belanjawan untuk tahun 2021. Sebuah sidang diadakan di Knesset pada 2 Disember 2020. Jika belanjawan tidak lulus, Knesset mencapai persetujuan 61-54 untuk membubarkan kerajaan. Dan pada 21 Disember, Knesset gagal meluluskan belanjawan secara tipis, yakni 47-49 (Hoffman, 2020). Kerajaan Israel automatik terbubar, dan perlu mengadakan pilihan raya pada 23 Mac 2021 nanti. Netanyahu mempunyai peluang cerah untuk menang, hanya jika rakyatnya bersetuju dengan normalisasi bersama Dunia Arab yang bersyarat tidak menj4j4h Tebing Barat. Gantz pula mempunyai peluang sama, kerana barangkali boleh meminang parti-parti kecil yang membenci Yesh Atid. Di sini jelas bahawa demokrasi berparlimen tidak begitu stabil. Cukup berbeza dengan demokrasi berpresiden yang mengasingkan pilihan raya antara eksekutif dan legislatif. RUJUKAN: Hoffman, G. (2020, Mac 10). Orly Levy’s flipflop (ditapiskan) minority government. The Jerusalem Post. Hoffman, G. (2020, Disember 22). Election prevention bill fails, Israel headed to elections on March 23. The Jerusalem Post. Lis, J. (2013, Mei 27). Lapid (ditapiskan) to topple government unless ultra-Orthodox dealt equal share of IDF (ditapiskan). Haaretz. Middle East Eye. (2020, Mac 9). Israel’s Gantz woos Joint List after reaching agreement with Lieberman. Wootliff, R. (2020, Mac 22). Gantz: Unity government needed now, I’m waiting for Netanyahu to okay talks. The Times of Israel.\ Wootliff, R. (2020, Mac 29). Knesset panel okays (ditapiskan) of Blue and White; Gantz keep the name. The Times of Israel.
http://dlvr.it/RpKSpS

Thursday, December 24, 2020

Tsunami Paling Tinggi Dalam Sejarah

Bencana alam yang menimpa Pulau Pinang pada 26 Disember 2004 masih meninggalkan kenangan pahit dalam hati rakyat Malaysia. Apa yang lebih membimbangkan ialah, tsunami ini tentu sekali lebih teruk jika tidak dihalang Sumatera. Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan perintah supaya sambutan tahun baru digantikan dengan upacara ibadah dan peringatan. Banyak diusahakan Putrajaya untuk menguruskan krisis ini. Malaysia boleh belajar banyak perkara daripada bencana ini, yang mengingatkan supaya tidak lalai. Bencana boleh menimpa sesiapa, seperti 10 tahun kemudian apabila Kelantan dan Terengganu ditenggelami air. Pepatah m4l4ng tidak berbau benar memberi gambaran kepada semua, yang bencana datang tanpa diundang. Itulah apa yang berlaku di Alaska pada 9 Julai 1958. Amerika Syarikat ketika itu sangat sibuk dengan pertembungan bersama Kesatuan Soviet, yang menguji kesabaran global secara geopolitik.Berhubung dalam perkelahian. Penduduk Alaska sekalipun paling hampir dengan sempadan laut Rusia tidak begitu mengambil kisah tentang pertelingkahan dua pihak ini. Hidup berjalan seperti biasa pada minggu kejadian. Selepas subuh, keluar cari nafkah. Tenggelam saja Matahari, berhimpun untuk makan malam. Di selatan Alaska, berhampiran dengan sempadan Canada, terletak sebuah syurga duniawi yang dihiasi kecantikan alam. Teluk Lituya mungkin sibuk dengan ekonomi perairan, jika keadaan sekeliling mengizinkan. Bukan suhu sahaja yang menjadi masalah. Jadi Teluk Lituya seolah-olah terpelihara, oleh kerana tidak didiami sesiapa. Dan perkara ini mungkin menjadi penyelamat, apabila kesunyian malam mula menyelubungi kawasan pada malam 9 Julai itu. Sebuah gempa berskala 7.8 berlaku di bumi Teluk Lituya, menyebabkan tanah runtuh yang sepenuhnya batu sebesar 30 juta meter persegi dengan anggaran berat 90 juta tan. Senang kata, tanah runtuh ini sangat d4hsy4t kerana impaknya dikesan 80 kilometer jauh. Tanah berbatu ini tidak sekadar runtuh. Ia ibaratkan dihamburkan setinggi 914 meter ke Gilbert Inlet. Bayangkan saja ada gergasi setinggi langit cabut sebuah batu dengan berat 90 juta tan. Tidak cukup, gergasi ini baling pula ke arah air. Jadi, apa yang berlaku? Menghitung Masa Air yang berkocak menyebabkan sebuah tsunami tinggi. Pada ketika ini, masa seakan-akan terhenti. Sebuah ombak gergasi sedang menghala ke Teluk Lituya. Dengan ketinggian 524 meter, sesiapa sahaja yang berada di pesisiran takkan sempat lari. Mereka hanya akan melutut kepasrahan, redha menunggu jemputan Tuhan. Dua orang sedang memancing ketika bencana melanda. Mereka tidak dapat menyelamatkan diri. Sepasang suami isteri pula bersauh jauh daripada kawasan. Bill dan Vivian Swanson melihat segalanya. Bunyi yang sangat bising membingitkan telinga. Gunung-ganang bergegar, dan bongkah-bongkah ais melayang merata-rata. Tsunami ini menelan apa sahaja di hadapannya hingga 11.3 kilometer jauh. Impak Semulajadi Badaian ombak sebegitu besar tentu sekali boleh mencungkil tanah dan mencabut pokok walau besar mana sekalipun. Kejadian ini dimaklumkan pada pihak berkuasa. Dan beberapa gambar diambil, sebaik sahaja air surut. Teluk Lituya 1958 – beberapa minggu selepas tsunami. Lihat sekeliling teluk. Tiada pokok.Sebuah cerun yang kelihatan “dikikis”. Inilah kawasan tanah runuh.Begitu tinggi tsunami ini “mencukur”.11.3 kilometer jauh daripada pesisiran. Sebuah topi ditemui. Inilah sebab kenapa Teluk Lituya tidak dibangunkan. Kerana gempa sebegini boleh berlaku lagi. Gempa sebegini pernah berlaku sebelum tahu 1958, beberapa kali antara 1786 hingga 1936. Bumi sudah lama memberi peluang kepada Teluk Lituya. Semoga tiada siapa berada di situ jika berlaku lagi.
http://dlvr.it/RpGZ9s

Di Sebalik Lagu Doraemon – “Aoi Sora Wa Poketto Sa”

juk dan nama watak dalam komik dan animasi. Karya tersebut telah dicipta oleh Fujimoto Hiroshi (1933-1996) dan Motō Abiko. Untuk pengetahuan semua, Fujimoto Hiroshi lebih dikenali sebagai “Fujiko F. Fujio”. Komik mula diiklankan pada 8hb Ogos 1969. Doraemon dibukukan dari Januari 1970 sehingga 23 Jun 1996. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 45 jilid telah berjaya diterbitkan. Dan kesemua jilid yang diterjemahkan tersebut pernah dimiliki kami iaitu penulis artikel ini. Doraemon mula dianimasikan pada tahun 1973. Dari tahun ke tahun, telah ditambah baik. Animasi tersebut ditayangkan ke seluruh dunia baik melalui siaran televisyen mahupun jualan Kaset Video, Video Cakera Padat (VCD) dan Cakera Padat Digital (DVD). PENGENALAN KEPADA DORAEMON Doraemon secara ringkasnya mengisahkan tentang sebuah robot berbentuk KUCING. Beliau dicipta pada 3 September 2112. Kedatangan beliau dari masa hadapan ke tahun 1970an adalah untuk menolong seorang kanak-kanak yang bernama Nobi Nobita. Robot berbentuk KUCING telah diutuskan oleh cicitnya iaitu Nobi Sewashi untuk mengubah hidup Nobita. Beliau sering mendapat markah kosong dalam peperiksaan dan dia juga sering dibuli oleh kawannya seperti Gouda Takeshi dan Honekawa Suneo. Pelbagai alat telah dikeluarkan Doraemon untuk membantu Nobita. Walaubagaimanapun, kebanyakan alat tersebut telah disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik. Akibatnya, Nobita menerima nasib yang tidak baik. LAGU DORAEMON Seperti mana yang lain, animasi ini juga mempunyai lagu tema pembuka dan penutupnya. Antara lagu tema penutup yang terdapat dalam animasi tersebut adalah “Aoi Sora Wa Poketto Sa”. Persoalannya, apakah itu “Aoi Sora Wa Poketto Sa”? Tajuk “Aoi Sora Wa Poketto Sa (青い空はポケットさ)” membawa maksud “Langit Biru di dalam Kocek”. Lagu yang masing-masing dicipta, digubah dan dinyanyikan Takada Hirō, Kikuchi Shunsuke, dan Osugi Kumiko itu mula digunakan sebagai penutup animasi tahun 1979. Lagu tersebut didakwa membawa nostalgia kepada generasi 70an dan 80an. Malah, mereka akan menangis sekiranya mendengar kembali lagu tersebut pada hari ini. Persoalannya, apakah isikandungan di sebalik lagu tersebut? ISIKANDUNGAN RANGKAP PERTAMA Rangkap pertama lagu tersebut dimulakan dengan “Aoi sora wa poketto sa, shiawase tsutsumu poketto-sa, kuchi bu e fuite aru ite yukou, kozue no uede wa o, Hisa ma ga horahora n? Terashi teru”. Senikata di atas membawa maksud “Langit biru di dalam kocek, bahagia berterusan di dalam kocek, mari bersiul ketika berjalan, di atas pokok melihat mentari, terlalu banyak cahaya.”. Rangkap tersebut mengisahkan tentang kewujudan pelbagai alat terdapat di dalam kocek Doraemon. Alat yang dipercayai “takekopta (Helikopter Buluh)” digunakan untuk memudahkan Nobita dalam melihat matahari terbenam tanpa halangan. ISIKANDUNGAN RANGKAP KEDUA Rangkap kedua lagu tersebut berbunyi “Shiroi tori ga sora wo tobu, Bokura no yane no ue wo tobu, Mado wo akete yondemiyou, Chiisana kaze ga hohoende, Horahora n? fuiteiru”. Senikata tersebut membawa maksud “Burung putih terbang di langit, Ia terbang atas bumbung kami, mari buka jendela dan lihat pemandangan, angin bertiup.” Rangkap tersebut mengisahkan tentang nikmat kebebasan. Hidup yang bebas daripada sebarang masalah akan menumpukan kita terhadap sekeliling kita. Hal ini kerana, semakin banyak masalah yang dihadapi, semakin kita tidak peduli akan sekeliling. ISIKANDUNGAN RANGKAP KETIGA Rangkap ketiga lagu tersebut berbunyi “Yume wo miru no ha ii koto sa, Ookina yume wo tsukamero, Kami wo nabikase kaketeyukou, Shiroi watagumo oikakete, Horahora n? utaou yo” Senikata tersebut membawa maksud “Lihatlah keindahan mimpi, kita patut berimpian besar, rambut kita ditiup angin, burung putih berkicau, mari menyanyi”. Rangkap tersebut mengisahkan tentang keperluan untuk membina cita-cita. Sekiranya mempunyai cita-cita, kita akan mengetahui tujuan kehidupan. Berjaya mahupun sebaliknya kita mencapai cita-cita, bergantung kepada usahanya dan keizinan-Nya. ISIKANDUNGAN RANGKAP KEEMPAT Rangkap keempat lagu tersebut berbunyi “Shiroi watagumo oikakete, Horahora n? utaou yo”. Senikata tersebut membawa maksud “burung putih berkicau, mari menyanyi”. Rangkap tersebut mengisahkan tentang kebebasan. Hidup yang bebas daripada sebarang masalah akan menumpukan kita terhadap sekeliling kita. Hal ini kerana, semakin banyak masalah yang dihadapi, semakin kita tidak peduli akan sekeliling. KENANGAN DI SEBALIK LAGU? Untuk kita yang tidak pernah belajar Bahasa Jepun, lagu tersebut menggamit pelbagai kenangan. Orang tua kita membelikan kita VCD Doraemon dan bersama menontonnya sehingga habis. Lagu ini akan lebih menusuk hati sekiranya orang tua kita pergi menghadap ilahi. Seumumnya, tidak banyak masalah dihadapi pada zaman kanak-kanak. Sebelum memasuki zaman persekolahan, masa kita dihabiskan dengan menonton televisyen. Doraemon adalah salah satu rancangan yang ditonton. Untuk mereka yang mempunyai asas Bahasa Jepun, senikata tersebut mempunyai isi yang mendalam. Pada pendapat penulis, burung putih dalam senikata berkenaan melambangkan hidup kebebasan yang suci. AKHIR KATA Kesimpulannya, itu adalah antara isikandungan di sebalik lagu “Aoi Sora WA poketto Sa”. Setiap oorang mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai senikata tersebut. Tidak kira apa tafsirannya, lagu tersebut mengingatkan kita kepada masa lalu. Pada pendapat anda, apakah yang anda tahu tentang lagu tersebut? Harap berikan maklumbalas anda kepada kami. Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua baik secara langsung mahupun tidak langsung. Untuk mendengar lagu penuh “Aoi Sora Wa Poketto Sa”, sila lungsuri laman sesawang ini: RUJUKAN Aoi Sora Wa Poketto Sa. Dicapai pada 12hb Disember 2020 dari https://doraemon.fandom.com/wiki/Aoi_Sora_wa_Poketto_sa
http://dlvr.it/RpGZ9b

5 Jenama Luar Yang Disangka Berasal Dari Malaysia

Terdapat beberapa jenama luar yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia sehingga ianya dianggap berakar umbi daripada negara kita. Bukan itu sahaja, nama serta produk yang ditawarkan juga sangat dekat dengan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun tahukah anda, terdapat beberapa jenama luar yang dianggap berasal daripada Malaysia. Apakah jenama-jenama tersebut? 1. Ayam Brand Mendengar sahaja nama Ayam Brand pasti ramai yang beranggapan bahawa jenama ini berasal daripada Malaysia. Hal ini mungkin berpunca daripada penggunaan perkataan ‘ayam’ yang digunakan sebagai pangkal nama. Buat pengetahuan anda semua, Ayam Brand digagaskan pada tahun 1892 di Singapura oleh seorang warganegara Perancis iaitu Alfred Clouet. Ketika itu, Ayam Brand hanya membekalkan makanan kepada pekerja-pekerja koloni sahaja. Hal ini demikian kerana makanan dalam tin dianggap sebagai makanan kayangan yang sukar dibeli oleh rakyat marhaen. Hari ini, Ayam Brand dimiliki oleh Denis Group yang berpangkalan di Singapura dan memiliki beberapa kilang di Malaysia. Ayam Brand juga merupakan membekal utama makanan dalam tin di sekitar Asia merangkumi Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia dan Hong Kong. Senang cerita, Ayam Brand adalah jenama milik Singapura. 2. Milo Milo merupakan jenama minuman berasaska coklat yang sangat dikenali dan disayangi oleh rakyat Malaysia. Ramai diantara kita pastinya teringat kembali nostalgia lori Milo yang selalu hadir ke sekolah memberi secawan air kegembiraan. Walau bagaimanapun, Milo bukanlah jenama yang berasal daripada Malaysia. Malahan, air minuman ini boleh didapati secara mudah diseluruh dunia cuma rasanya yang sedikit berbeza. Tahukah anda, Milo diasaskan ketika The Great Depression sedang melanda dunia dimana kanak-kanak menderita kehilangan zat akibat kekurangan makanan. Hal ini telah memberi rausyanfikir kepada Thomas Mayne iaitu seorang saintis makanan Nestle Australia untuk menghasilkan minuman malt coklat untuk meningkatkan tenaga kanak-kanak. Nama Milo pula diilhamkan daripada seorang atlet gustri Greek yang terkenal iaitu Milo of Croton. Hari ini, Milo telah menjadi sebahagian daripada sejarah rakyat Malaysia sejak 60 tahun yang lalu. Malahan ramai atlet kebangsaan yang bermula daripada program sukan yang dianjurkan oleh Milo. Jadi tidak pelik apabila jenama ini dianggap sebagai milik Malaysia walaupun digagaskan di Australia. 3. Maggi Maggi sangat sinonim dengan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang bergelar pelajar dan mahasiswa. Hal ini demikian kerana harganya yang murah memang menjadi pilihan pelajar untuk dinikmati apabila kantung kewangan mereka semakin menipis. Kepelbagaian perisa juga sangat menarik perhatian seperti Kari, Ayam, Tom Yam, Asam Laksa dan Sup Tulang. Hal ini terus melahirkan tanggapan bahawa jenama ini berakar umbi dari Malaysia. Salah tanggapan tersebut kerana Maggi merupakan sebuah jenama yang digagaskan di Switzerland oleh Julius Maggi pada tahun 1887. Tujuan Maggi diasaskan pada asalnya adalah untuk membekal makanan berkhasiat yang murah kepada golongan pekerja ketika tercetusnya revolusi perindustrian. Sejak daripada itu, Maggi terus mendapat permintaan yang tinggi sehinggalah diilhakan oleh Nestle pada 1947. Nestle terus memegang aspirasi Julius Maggi untuk menghasilkan produk berkhasiat yang cukup murah. Hasilnya hari ini, produk Maggi sangat mudah didapati sehingga dianggap milik Malaysia. 4. Bata Pasti ramai yang beranggapan Bata adalah jenama milik Malaysia malahan kita juga mesti pernah memiliki kasut bata. Hal ini telah menyebabkan ramai beranggapan memakai bata adalah tidak mengikut trend. Perkara seumpama ini juga menjangkiti pelajar sekolah apabila mereka lebih gemar memakai Converse berbanding Bata. Buat pengetahuan anda semua, Bata telah digagaskan oleh tiga orang saudara iaitu Anna, Thomas dan Antonin melalui pembinaan kilang kasut di Zlin, Czechoslovakia. Dalam tempoh masa beberapa dekad, Bata berjaya menjadi salah satu pengedar kasut yang ikonik di Eropah. Hari ini, Bata berjaya memiliki 5000 cawangan di lebih 70 negara termasuklah Malaysia. Malahan Bata juga menjadi pilihan beberapa figura penting seperti selebriti dan juga tokoh politik. 5. Pilot Ketika zaman sekolah dahulu, memiliki shaker berjenama Pilot adalah impian hampir setiap murid terutamanya lekaki. Siapa yang memiliki shaker pada ketika itu boleh dianggap sebagai golongan kayangan lantaran harganya agak mahal. Malahan sang pemiliki shaker juga memiliki risiko yang tinggi untuk kehilangan barangan tersebut jika lalai dalam menjaganya. Hal itu telah membuatkan ramai beranggapan Pilot merupakan jenama yang berasal daripada Malaysia. Salah tanggapan tersebut kerana Pilot merupakan jenama yang digagaskan di Jepun oleh Ryosuke Namiki dan Masao Wada pada tahun 1918. Bermula sejak itu, Pilot dianggap sebagai pelopor kepada penghasilan alatan untuk penulisan. Hari ini, Pilot telah digunakan oleh seantero dunia terutamanya di Jerman, Perancis dan United Kingdom. Artikel boleh juga dibaca di laman portal kewangan dan ekonomi kami iaitu The Outlook.
http://dlvr.it/RpGZ7J

Wednesday, December 23, 2020

Kenapa HIV Tak Ada Vaksin?

Teknologi vaksinologi sudah berkembang maju bagaikan memasuki zaman keemasan. Sekarang ini sebuah vaksin boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Beguk memiliki vaksin hanya dalam tempoh empat tahun. Dana beratus juta membolehkan Pfizer sediakan vaksin COVID-19 dalam masa sembilan bulan. Jadi persoalannya – kenapa Human Immunodeficiency Virus (HIV) masih tiada vaksin? Persoalan ini memang benar. HIV sudah dikenalpasti sejak 18 Mei 1981. Kes-kes terawal terdiri dariapda sebuah kluster pen4g1h d4d4h dan lelaki yang pernah mengamalkan hubungan h0m0s3ksu4l.Keratan akhbar yang melaporkan HIV. Ketika itu nama untuk HIV pun tiada – sampai media menyebut GRID (g4y-related immune deficiency) untuk memahami virus baru ini (Altman, 1982). Kemudian CDC menukar nama “Peny4k1t 4H” kerana empat kategori cenderung terkena GRID – H0m0s3ksu4l, pengguna Her01n, pengh1d4p Hemofilia dan bangsa Haiti. Masa pun berlalu. Daripada GRID ke 4H, akhirnya nama HIV diberikan. Jika dibiar lama, HIV menyebabkan AIDS. Itulah lumrah yang masih kekal pada hari ini, tanpa vaksin atau ubat untuk mencegah dan merawat. Persepsi negatif HIV hari ini sudah beralih. Kerana seorang isteri yang setia pun boleh dij4ngk1t1 HIV, jika suaminya menerima d4r4h daripada seorang pengh1d4p. Untuk pengetahuan semua, HIV sebenarnya merupakan sebuah virus yang mempunyai kepelbagaian dari segi genetik. Apabila dij4ngk1t1 daripada orang lain, HIV mampu bermutasi dan menjalankan kerja dalam masa 24 jam sahaja (Cichocki, 2020). Hari ini saintis mengenalpasti 60 jenis (strain) HIV di dunia. Jadi misi untuk membuat sebuah vaksin untuk mencegah 60 jenis HIV sememangnya mustahil (buat masa sekarang).Gambaran jenis HIV. Perlu ingat – vaksin mencegah, bukan merawat. Dan pencegahan pula boleh dibuat dengan cara rawatan. Sebagai contoh, tozinameran ialah vaksin COVID-19 yang dibuat gandingan Pfizer dan BioNTech. COVID-19 boleh dij4ngk1ti dan juga dirawat. Tetapi HIV masih belum boleh dirawat. Untuk menjalankan sebuah eksperimen bagi memperolehi vaksin buat 60 jenis HIV memanglah berisiko tinggi – kerana sukarelawan perlu disuntik calon vaksin dan kemudian didedahkan pada HIV. Kalau berjaya, breakthrough. Kalau gagal, mana boleh rawat. Dan sememangnya misi pembuatan vaksin ini akan gagal. Sesuatu vaksin memerlukan sebuah sistem imunisasi yang baik untuk bertindakbalas. Dalam kes HIV, imunisasi sendiri sudah teruk terjejas. Asasnya, sejenis sel bernama Sel-T akan rangsangkan antibodi untuk melawan peny4k1t. HIV pula meny3r4ng Sel-T dan membvnvh sebarang potensi untuk mengeluarkan antibodi. Kemudian masalah paling besar sekali. HIV sukar dih4pvskan daripada badan. COVID-19 mempunyai waktu menunggu selama 14 hari untuk menunjukkan simtom. HIV pula mampu bersarang selama bertahun dan berdekad (Rockerfeller University, 2015). Jadi HIV selamba menjejaskan tubuh badan… tetapi masih belum boleh dikesan. Jadi perkaitan dengan COVID-19 sememangnya tidak sesuai. Kerana ciri-ciri HIV jauh berlainan. Vaksin COVID-19 mudah diperolehi. Saintis tidak perlu berdepan dengan halangan serumit HIV: * Perlu membvnvh berbagai jenis HIV. * Perlu mencetuskan tindakbalas imunisasi. * Perlu mengekalkan kekukuhan imunisasi. * Perlu membvnvh HIV yang bersarang. Dakwaan bahawa pihak kapitalis sengaja melambatkan pengeluaran vaksin HIV untuk mengaut keuntungan ialah suatu tuduhan agak dangkal. Kerana dunia ini mempunyai hampir 200 buah negara. 20 daripada 200 negara ini berbelanja sebanyak AS$1.876 trilion tanpa perlu mendapat restu atau izin antara satu sama lain. Amerika Syarikat tidak memerlukan izin China untuk mengeluarkan vaksin COVID-19. Begitu juga sebaliknya. Jadi kenapa satu dunia perlu akur pada “pihak kapitalis” semata-mata untuk mengaut untung dengan HIV? Padahal saintis yang berjaya buat vaksin HIV boleh mendapat Anugerah Nobel. Dan ramai saintis di dunia ini tidak bekerja dengan mana-mana kerajaan. RUJUKAN: Altman, L.K. (1982, Mei 11). New (ditapiskan) disorder worries health officials. The New York Times. Cichocki, M. (2020, Jun 23). Understanding the HIV Life Cycle. Verywell Health. Rockefeller University. (2015, Januari 30). Latent HIV may lurk in ‘quiet’ immune cells, research suggests. Science Daily.
http://dlvr.it/RpC2N7

Samsung: Tranformasi Kedai Runcit Kepada Gergasi Elektronik

Samsung adalah sebuah syarikat berasal daripada Korea Selatan yang mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan elektrik. Salah satunya adalah produk telefon pintar Samsung Galaxy S dan Samsung Galaxy Note. Malahan, Samsung juga sudah beberapa kali mengatasi Apple dalam perlumbaan penghasilan telefon pintar futuristik. Namun begitu tahukah anda, Samsung hanya bermula dengan perniagaan kedai runcit yang menjual pelbagai barangan di Korea Selatan. Jadi bagaimanakah syarikat ini bisa menjadi pemain utama produk berasaskan elektronik? Ayuh soroti artikel ini. Samsung pada asalnya bermula sebagai sebuah premis kedai runcit yang digagaskan dengan modal US$27 oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938. Ketika itu Samsung hanya memiliki 40 orang pekerja untuk menjalankan perniagaan kedai runcit. Memasuki tahun 1947, Samsung telah memindahkan operasinya ke Seoul walaupun Perang Korea sedang meletus. Selepas itu, Samsung mula menggagaskan kilang gula serta kilang fabrik di Busan sehingga berjaya menjadi antara yang terbesar di Korea Selatan. Selepas sahaja berakhir Perang Korea, Samsung fokus kepada perindustrian untuk membina kembali Korea yang telah hancur lebur. Samsung mula memasuki industri elektronik pada tahun 1960-an dengan penubuhan beberapa anak syarikat seperti Samsung Electronics Devices, Samsung Electro-Mechanics, Samsung Corning dan Samsung Semiconductor & Telecommunications. Ketika itu juga Samsung berjaya mengambil alih DongBang Life Insurance lalu menubuhkan Joong-Ang Development yang pada hari ini lebih dikenali sebagai Samsung Everland. Bukan setakat itu sahaja, kolaborasi Samsung-Sanyo bikin syarikat itu mula menghasilkan televisyen, peti sejuk dan penghawa dingin. Kemuncaknya, Samsung berjaya menghasilkan 5juta unit televisyen untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dalam tempoh masa kurang daripada 10 tahun. Tahun 1980 menyaksikan langkah awal Samsung untuk menghasilkan telefon bimbit dengan pengilhakan Hanguk Jeonja Tongsin. Pada mulanya Samsung hanya menghasilkan papan suis telefon sahaja tetapi syarikat itu terus komited dengan pantas mengaptasi penciptaan telefon dan faks. Hal itu menjadi perintis utama kepada Samsung untuk menerokai pasaran telefon bimbit tempatan dan antarabangsa. Dalam tahun yang sama juga Samsung berjaya meletakkan diri mereka dalam arus globalisasi apabila syarikat itu mula memasuki negara Jerman, Portugal dan Amerika Syarikat. Bahkan Samsung berjaya menubuhkan anak syarikat berkaitan percetakan bagi memberikan penyelesaian dan alternatif kepada industri percetakan. Tidak lama itu, Samsung mula mengeluarkan komputer peribadi dan membuatkan angka jualan syarikat tersebut mencecah satu trillion won. Prestasi hebat ini diteruskan oleh anak kepada Lee Byung-chul iaitu Lee Kun-hee sebaik sahaja mengambil alih Samsung. Sejak itu Samsung mula menghasilkan pelbagai barangan elektrik sehingga menjadi pelopor kepada penciptaan televisyen digital. Bagi penghasilan telefon pintar pula, Samsung bermula dengan prototaip SPH-1300 yang mengaplikasikan skrin sesentuh pada tahun 2001. Samsung bernasib baik apabila berjaya memiliki syarikat yang berkemampuan mengembangkan teknologi untuk peranti elektrik. Perkara itu lantas merintis kepada kehadiran siri telefon pintar Galaxy dalam keluarga Samsung dengan GT-I7500 sebagai model pertama. Sejak itu Samsung tidak menoleh kebelakang lagi apabila berjaya melancarkan Galaxy SII pada 2011. Ianya diikuti dengan Galaxy SII pada tahun berikutnya dimana model ini menjadi salah satu telefon pintar paling laris di dunia. Situasi tersebut telah melayakkan Samsung diiktiraf sebagai pengeluar telefon pintar terbesar di dunia mengatasi gergasi Amerika Syarikat iaitu Apple. Pada hari ini kita melihat Samsung telah mengeluarkan pelagai model telefon pintar yang agak futuristik. Pesaing kuat mereka iaitu Apple telah jauh ketinggalan dibelakang sementara beberapa syarikat daripada China seperti Huawei mula mencabar dominasi mereka. Walau bagaimanapun, baru-baru terdapat berita sedih yang melanda Samsung. Ianya berikutan syarikat tersebut mengambil keputusan untuk menamatkan serta-merta penghasilan Samsung Galaxy Note. Hal ini demikian kerana permintaan terhadap telefon pintar telah jatuh mendadak angkara koronavirus. Warga dunia ketika era pandemik tidak memiliki cukup wang untuk menukar telefon bimbit mereka kerana lebih menumpukan kepada simpanan dan makanan. Jadi tindakan Samsung adalah tepat bagi mengelakkan mereka menanggung lebih banyak kerugian. Itulah serba sedikit kisah mengenai Samsung yang bermula dengan sekadar kedai runcit sehingga menjadi gergasi elektronik dengan penghasilan telefon pintar. Persoalannya adakah syarikat Malaysia yang mampu bermula dan menjadi sehebat Samsung pada hari ini? RUJUKAN: Burris M. (2020, Disember 2). The history of Samsung (1938-present). Lifewire. Artikel ini turut boleh dibaca di laman portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook. 
http://dlvr.it/RpC2N5

Catatan-Catatan Bangsa Russia Mengenai Tamadun Melayu Silam

Bagi mana-mana pihak yang ingin mengetahui perihal orang Melayu, suka atau tidak maklumat tersebut perlu didapati daripada sumber Barat. Tetapi semua itu berubah apabila pengembara dan ekspatriat Rusia melawat Semenanjung Tanah Melayu. Antara orang Rusia terawal yang menjejakkan kaki di Semenanjung Emas ini ialah seorang pegawai ten-tera laut A.I Butakov pada tahun 1840. Pada tahun itu, kapal frigat Rusia yang dinaikinya iaitu Abo berlabuh di Pulau Pinang dan Singapura. Dalam diarinya, Butakov melihat kekayaan alam semulajadi yang dimiliki Semenanjung Tanah Melayu sebagai luar biasa dan boleh saja meletakkan Pulau Pinang sebagai pulau terkaya di dunia ketika itu. Dalam catatannya yang lain, Butakov turut memerhatikan gelagat penduduk tempatan semasa menjalani kehidupan seharian. Beliau melihat orang Melayu sebagai orang yang terhormat, memenuhi janji dan tidak pernah menyembunyikan kebencian mereka terhadap orang Eropah terutama orang British. Tambahnya, kebencian mereka bersebab kerana gelagat pegawai-pegawai kolonial bersikap lebih sudu dari kuah[1] dan cara mereka mendapatkan Pulau Pinang. Secara ringkas, Pulau Pinang diduduki oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI/EIC)[2] hasil perjanjian yang dibuat antara Kapten Francis Light dengan Sultan Abdullah Mukarram Shah pada tahun 1786. Selain dibayar pajakan bernilai 6,000 dolar Sepanyol setahun, Light juga berjanji akan membantu Kedah sekiranya mereka diser-ang oleh pihak Siam. Malangnya, apabila perkara itu berlaku, janji bantuan yang disampaikan dimungkiri kerana menurut SHTI, perjanjian tersebut hanya dipersetujui Light dan bukannya pihak syarikat. Murka dengan sikap talam dua muka SHTI dan Light, Kedah kemudiannya menyer-ang Pulau Pinang pada tahun 1791 dengan bantuan Selangor, Riau dan Siak. Light bertindak balas dengan meminta angkatan laut British membe-dil kedudukan baginda di Seberang Perai. Sera-ngan tersebut memaksa Sultan Abdullah mengibarkan bendera putih dan terpaksa bersetuju dengan perjanjian damai yang dimuktamadkan pada 1 Mei 1791. Menerusi perjanjian tersebut, SHTI mengilhak bumi Pulau Pinang secara rasmi bagi pihak British dan membayar pampasan 6,000 dolar Sepanyol setahun kepada baginda. Tujuh tahun selepas peristiwa itu, pelayar terkenal Rusia Ivan Krusentern singgah di Tanah Melayu semasa pelayaran Pasifiknya pada tahun 1798. Semasa singgah di situ, beliau memesan salinan manuskrip Sejarah Melayu di mana ia dibawa pulang ke Rusia dan diserahkan kepada cendekiawan H.D Fren. Fren kemudiannya menghantar salinan tersebut ke Muzium Asia. Menurut Dr Victor A. Pogadaev, kandungan dan bilangan bab dalam manuskrip salinan Krusentern hampir sama dengan manuskrip yang diterbitkan oleh Munshi Abdullah. Fren menyatakan dalam catatannya bahawa Krusentern mendapat izin untuk menyalinnya dan ia dianggap tidak ternilai harganya di Semenanjung Tanah Melayu. Manuskrip itu kini disimpan di Perpustakaan Akademi Sains Rusia Cawangan Saint Petersburg. Saintis Rusia Elena Revunenkova menghabiskan masa selama 20 tahun mengkaji dan menterjemah teks manuskrip tersebut. Terjemahan itu kemudiannya diterbitkan pada tahun 2008 di bawah tajuk Sulatus Salatin: Manuskrip Melayu Krusentern dan Nilai Sejarah dan Kebudayaannya. Dan siapa sangka, kesusasteraan Melayu terutama pantun memberi impak besar kepada karya-karya yang dihasilkan sasterawan-sasterawan Rusia. Antara sasterawan-sasterawan yang terpengaruh dengan pengaruh sastera Nusantara ini ialah Valery Bryusov, Adelina Adalis, Alexander Zhovtis dan Grigory Permyakov. Dalam buku Lagu-Lagu Melayu yang dikarang Bryusov pada tahun 1909, terdapat banyak elemen Kepulauan Nusantara yang dinyatakan beliau. Elemen-elemen itu seperti pokok pandan, bau bunga cempaka, harimau di belantara, sawah padi, kelapa dan pisang. Mikhail Venyukov turut menyebut elemen-elemen sama dalam buku karangannya Tinjauan Keadaan Terkini Jajahan British di Asia pada tahun 1875. Dalam buku itu, beliau menganggap pegawai-pegawai kolonial British sebagai angkuh dan suka mengeksploitasi sebuah bangsa yang pernah mencapai keagungannya satu masa dahulu. Venyukov turut menyifatkan orang Melayu diperlakukan seperti bangsa bawahan dan sentiasa dimalukan penjajah secara sistematik. Selain kesusasteraan dan sejarah, cendekiawan Rusia juga turut menyatakan minat meneroka sisi botani dan zoologi Tanah Melayu. Antara pengkaji yang berbuat demikian ialah N.N. Miklukho-Maklai yang ketika itu ingin melakukan kajian lapangan di tanah Jawa dan Semenanjung Tanah Melayu. Satu persoalan yang menarik perhatiannya ialah ingin menguji hipotesis sama ada Tanah Melayu turut dihuni oleh puak-puak bukan berbangsa Melayu atau tidak. Kajiannya dimulakan di Johor dan Miklukho-Maklai bernasib baik kajiannya mendapat perhatian pemerintah Johor ketika itu, Maharaja Abu Bakar[3]. Menyedari kepentingan kajian ilmiah yang dijalankan saintis Rusia itu, baginda bersetuju membantu melicinkan semua urusannya termasuk menyediakan surat-surat cadangan dan memastikan semua keperluan ekspedisinya mencukupi. Hasil sentuhan peribadi baginda itu menyaksikan ekspedisi Miklukho-Maklai berjalan lancar dengan penduduk tempatan memberi kerjasama yang baik. Banyak maklumat yang dikumpul beliau semasa di Tanah Melayu termasuk beberapa dialek puak-puak yang dikatakan hampir pupus. Diari pertama tentang ekspedisinya di Tanah Melayu hanya diterbitkan hampir 70 tahun kemudian iaitu pada tahun 1941. Sayang sekali, apa saja maklumat yang disimpan Miklukho-Maklai dalam diari keduanya hilang ditelan zaman kerana diari itu diba-kar oleh isterinya Margaret Robertson. Beliau juga menyokong idea kesatuan manusiawi dan merasakan manusiawi berkongsi budaya sama walaupun berbeza dari segi warna kulit dan bangsa. 50 tahun selepas ketibaan Butakov, Rusia akhirnya membuka konsulat mereka di Singapura pada tahun 1890. Dengan pembukaan konsulat ini, ini membolehkan Saint Petersburg mendapatkan maklumat tentang Tanah Melayu secara rasmi dan tidak lagi bergantung kepada input maklumat yang dibawa ekspatriat-ekspatriat mereka sebelum ini. Melihat potensi Tanah Melayu terutama di Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU), bukan sekali Konsul Jeneral Rusia Artemy Vyvodtsev mencadangkan negara itu mengembangkan lagi hubungan dagang Rusia dengan Tanah Melayu. Beliau melihat hubungan dagang sebegini boleh membantu Saint Petersburg memajukan Siberia dan kawasan Timur Jauh yang dikawal negara itu. Semasa Per-ang Dunia Pertama (WWI), armada Rusia turut terlibat dalam pertem-puran laut di Kepulauan Nusantara. Ini dibuktikan menerusi kubur seorang anak kapal Rusia di Perkuburan Western Road. Anak kapal itu kembali ke negeri cacing selepas kapal kruzer Pearl milik Rusia ditenggelamkan bot U milik Jerman pada Oktober 1914. Pada tahun 1975, sebuah obelisk didirikan pada kubur berkenaan. RUJUKAN: Pogadaev, V.A. (2020). Russians wrote of old Malay world. New Straits Times. NOTA KAKI: [1] Peribahasa yang bermaksud orang yang mengada-ada atau berlebihan sikapnya. [2] Syarikat yang dibentuk pada tahun 1600 dengan tujuan awalnya ialah berdagang di wilayah Lautan Hindi terutama di Hindia Timur (India dan Asia Tenggara). Semasa syarikat berada di puncak kekuasaannya, mereka bertanggungjawab mengawal jajahan British di sebahagian besar wilayah India, sebahagian kawasan Asia Tenggara, Hong Kong dan sebahagian kawasan di Teluk Parsi. [3] Gelaran rasmi yang digunakan Temenggung Abu Bakar selepas mendapat kebenaran daripada pemerintah Lingga, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II dan Gabenor Negeri-Negeri Selat ketika itu, Sir Harry Ord. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Maharaja pada 30 Jun 1868 sebelum menggunakan gelaran Sultan pada tahun 1885.  
http://dlvr.it/RpC2MT

Tuesday, December 22, 2020

How to Avoid Solar Scammers

Homeowners beware, solar scams continue to be on the rise as hardships follow pandemic-related job losses. A new post examines how to avoid these pitfalls and find a trustworthy solar provider.
http://dlvr.it/Rp7LTk

Powering Music with the Sun

Powering music with the sun is a way of life for California-based musician David Small. A new SunPower blog post examines how his band, Piuma, is helping the music industry to become more sustainable
http://dlvr.it/Rp7LTK

Commercial Solar Panel Degradation: What You Should Know

When it comes to evaluating your business’ solar ROI, there is one major factor that can easily be overlooked. See why solar panel degradation is an important consideration when going solar.
http://dlvr.it/Rp7LSf

Monday, December 21, 2020

Kenangan-Kenangan Albert Einstein Di Singapura

Kepintaran Albert Einstein di dalam bidang Sains tidak dapat disangkal lagi. Negara-negara yang pernah dikunjungi oleh beliau amat bertuah kerana menjadi destinasi pilihan manusia pintar tersebut. Dalam banyak-banyak negara, Albert Einstein sebenarnya pernah menjejakkan kaki ke Singapura! Pada 2 November 1922, sebuah kapal penumpang dari Jepun, Kitano Maru tiba di Pelabuhan Singapura. Kapal itu membawa seorang penumpang yang termasyhur di dunia pada ketika itu, iaitu Albert Einstein bersama isterinya, Elsa. Einstein dan isteri di atas kapal Kitano Maru Einstein sebenarnya dalam perjalanan menuju ke Tokyo, Jepun kerana dijemput untuk memberikan syarahan di sebuah universiti di sana, beliau kemudian singgah ke Singapura untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat Yahudi di sana untuk menubuhkan Hebrew University di Jerusalem. Di Singapura, Einstein menggambarkan perairan Singapura sebagai laluan sempit diantara dua buah pulau. Mungkin gambaran Einstein ini berada di lokasi Collyer’s Quay yang terletak di Downtown Core. Dua pulau itu mungkin merujuk kepada Pulau Belakang M4t1 dan Pulau Brani. Kedatangan Einstein di Singapura disambut dengan gilang-gemilang oleh komuniti Yahudi di sana. Akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan Saintis hebat Albert Einstein dan isteri dissambut oleh pemimpin komuniti Yahudi. Alfred Montor, seorang pedagang berlian menjadi hos Einstein sepanjang lawatan beliau ke Singapura. Montor juga turut bertindak sebagai penterjemah Einstein kerana Montor juga, seperti Einstein berasal dari Jerman. Einstein dibawa ke kediaman Montor untuk berehat. Di rumahnya, Einstein ditunjukkan sekotak barangan perak yang dimiliki oleh Montor sendiri. Selepas itu, Einstein diundang ke sebuah majlis yang dianjurkan oleh Sir Mennaseh Meyer, pemimpin Yahudi di Singapura di rumahnya, An Home. Kekayaan Meyer membuatkan Einstein terpegun.Keadaan rumah An House kini Einstein menggambarkan Meyer persis Croesus, raja legenda dari kerajaan Lydia yang begitu kaya. Einstein menggambarkan kediaman Meyer seperti istana besar. Dewan utamanya mempunyai ciri-ciri Moor dan terletak di atas bukit serta menghadap sebuah sinagog. Di samping kekaguman Einstein terhadap kekayaan Meyer, beliau juga kagum terhadap sosok tubuh pemimpin itu. Einstein menggambarkan Meyer seorang yang tinggi dan berbadan tegap walaupun sudah berusia dan mempunyai wajah yang serius serta pandangan yang t4j4m.Sir Mennaseh Meyer Pandangan yang dilemparkan Meyer kepada Einstein membuatkan Einstein terfikir bagaimana caranya untuk mengajak Meyer untuk turut menyumbang kepada penubuhan Hebrew University ini. Kerana ini bukan harapan beliau sahaja, malah ini adalah harapan Ketua Organisasi Zion1s Antarabangsa, Chaimm Wezzman. Ketika majlis resepsi di kediaman Meyer, majlis itu dihadiri oleh semua pemimpin komuniti di Singapura. Einstein mencatat beberapa peristiwa termasuklah seorang paderi berbangsa Inggeris yang mempunyai hidung seperti kebanyakan bangsawan Inggeris. Einstein yang duduk bersama Meyer berdekatan dengan meja juruacara majlis kemudian diminta untuk memberikan ucapan. Di dalam ucapannya, Einstein memberi penghargaan kepada komuniti Yahudi di Singapura atas layanan baik mereka. Einstein juga sempat menerangkan betapa pentingnya sains di dalam kehidupan dan diakhiri dengan penerangan mengenai idea untuk menubuhkan Hebrew University. Pada petang itu, Einstein menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan di rumah Montor. Ketika majlis tersebut berlangsung, Einstein menggunakan kesempatannya untuk bersemuka dengan Menasseh Meyer secara peribadi untuk tujuan penubuhan Hebrew University itu. Keesokan harinya, Einstein meninggalkan Singapura dan menyambung pelajarannya ke Jepun. Seminggu selepas itu, Einstein dianugerahkan Anugerah Nobel di dalam bidang Fizik. Einstein menyedari bahawa permintaanya kepada Meyer untuk membiayai penubuhan Hebrew University tidak ditunaikan. Pada Januari 1923, selepas menamatkan siri syarahan  di Jepun, Einstein menjejakkan tapak sekali lagi ke Singapura di dalam perjalanannya menuju ke Palestin. Di dalam lawatan singkat beliau itu, beliau diundang ke majlis makan tengah hari bersama keluarga Montor. Petang  itu, beliau dibawa bersiar-siar ke Ladang Estet Keluarga Frankel di Siglap. Destinasi terakhir Einstein di Singapura ialah mengadakan lawatan ke rumah William Basapa di 549 Seranggoon Rd. William Basapa merupakan seorang pencinta haiwan. Basapa menunjukkan koleksi-koleksi peribadinya kepada Einstein berkenaan haiwan. Einstein menggambarkan Basapa sebagai pencinta haiwan yang budiman. William Basapa Sejurus selepas itu, Einstein meneruskan perjalanannya ke Palestine bagi tujuan penubuhan Henrew University itu. Kali ini, misinya berjaya. Enstein berjaya mendapatkan 750 Pound dari Meyer dan komuniti Yahudi di Singapura bagi tujuan pembinaan universiti itu. RUJUKAN: (n.d.). Retrieved from https://ift.tt/3mDic0T Albert Einstein visited S’pore in 1922, met a 14-year-old boy named David Marshall. (n.d.). Retrieved December 21, 2020, from https://ift.tt/3atmc1g
http://dlvr.it/Rp3jL6

Knight Templar: Kebangkitan, Zaman Kegemilan Dan Kejatuhannya

Kesatria Templar (The Knights Templar), dipercayai ditubuhkan sekitar tahun 1119 M dan menerima pengiktirafan dari sistem kepausan pada tahun 1129 M, mereka adalah salah satu struktur perintah ket3nteraan abad pertengahan Katolik yang anggotanya yang menggabungkan kuasa milit4ri dengan kehidupan monastik bagi tujuan mempertahankan tempat yang dianggap suci bagi penganut agama Kristian dan menjaga keselamatan perjalanan para penziarahnya di Timur Tengah dan di tempat lain. Para kesatria yang berpusat di markas utama mereka di Jerusalem dan kemudian di Acre, adalah elemen penting dan elitis bagi t3ntera Salib, dan mereka tiba untuk menguasai setiap kubu dan tanah di Levant serta di seluruh Eropah. Dituduh melakukan amalan ‘bidaah’, terlibat dalam isu k0rupsi, dan melakukan amalan yang terlarang, organisasi ini diser4ng di Perancis atas perintah Raja Philip IV pada hari Jumaat 13 Oktober 1307 M dan kemudian dibubarkan secara rasmi oleh Paus Clement V pada tahun 1312 M. Pengasasan Dan Sejarah Awal Kesatria Templar dibentuk sekitar tahun 1119 M apabila tujuh orang kesatria, yang diketuai oleh seorang bangsawan Perancis dari Champagne iaitu Hugh of Payns, bersumpah untuk menjaga keselamatan para penziarah Kristian yang melakukan perjalanan ke Jerusalem dan mempertahankan ‘Tanah Suci’ tersebut, sekaligus dengan demikian mewujudkan ikatan persaudaraan yang memerlukan mereka mengangkat sumpah monastik untuk hidup bersama dalam sebuah komuniti tertutup.Knights Templar Pada tahun 1120 M, Baldwin II, raja Kerajaan Jerusalem yang memerintah pada 1118-1131 M, memberikan istananya kepada Kesatria Templar yang mereka percaya pernah berada di tapak Masjid Aqsa yang mereka panggil sebagai Gunung Kuil atau dikenali sebagai Al Haram Al Sharif bagi umat Islam di Jerusalem, untuk digunakan sebagai markas mereka. Bangunan itu biasanya dirujuk sebagai ‘Kuil Sulaiman’ dan oleh kerana itu, struktur persaudaraan mereka secara tidak langsung dikenali sebagai ‘Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici’ (Kesatria-Naif Pengikut Christ Dan Solomon) atau hanya dikenali sebagai The Knights Templar. Kesatria Templar secara rasminya diiktiraf sebagai perintah ket3nteraan oleh Paus Honorius II di Council of Troyes pada bulan Januari 1129 M. Belum ada mana-mana perintah ket3nteraan seumpamanya pernah ditubuhkan sebelum itu, Kesatria Templar adalah yang pertama. Dan mereka pada mulanya dianggap sebagai cabang Cistercian. Pada tahun 1145 M, anggota kesatria diberi keizinan untuk memakai mantel putih pendeta Cistercian yang berlitup dibuat oleh mereka sendiri. Mereka kemudian menggunakan jubah putih khas dan mula memakai insignia yang berlambang salib merah berlatar belakang putih. Tidak ada larangan untuk berper4ng di atas perkara yang berkaitan dengan doktrin keagamaan, asalkan matlamatnya hanyalah semata-mata atas nama Per4ng Salib dan mempertahankan Tanah Suci sahaja, dan perintah itu memperoleh sokongan rasmi dari pihak Gereja. Pertempvran besar pertama yang melibatkan t3ntera salib Kesatria Templar adalah pada tahun 1147 M di mana mereka berper4ng melawan umat Islam semasa Per4ng Salib Kedua (1147-1149 M). Perintah Kristian ini mula berkembang hasil sumbangan dari para penyokong yang menyedari peranan penting mereka dalam melindungi negara-negara Kristian di Levant. Selain itu, mereka menerima sumbangan dari semiskin-miskin golongan hingga yang paling kaya. Penyumbang akan memberikan apa saja yang mereka ada kerana mereka percaya ia akan membantu mereka mendapat kehidupan ‘akhirat’ yang lebih baik, lebih-lebih lagi apabila nama penyumbang boleh dikirim untuk disebut melalui perkhidmatan berdoa, mungkin untuk kehidupan yang lebih baik samada di dunia mahupun di akhirat. Konsepnya mungkin mirip dengan konsep upah Haji atau Badal Haji yang dilaksanakan umat Islam. Sumbangan untuk organisasi ini muncul dalam pelbagai bentuk, manakala wang, tanah, kuda, peralatan ket3nteraan, & makanan adalah sumbangan yang paling biasa mereka terima. Malahan, keistimewaan Kesatria Templar yang memiliki hak menerima sumbangan sebegini lah yang telah banyak membantu perintah ini dalam menjimatkan kos perbelanjaan mereka sendiri. Templar juga melaburkan wang mereka untuk membeli hartanah yang menghasilkan pendapatan sehingga organisasi itu memiliki ladang, kebun anggur, kilang, gereja, perbandaran atau apa sahaja yang mereka anggap sebagai aset pelaburan yang baik. Pendapatan yang lain sebagai hasil sampingan untuk mengisi peti simpanan kewangan dan aset Templar adalah dari harta r4mpasan per4ng dan tanah-tanah baru yang dit4wan hasil dari kempen yang berjaya sementara bayaran ufti atau wang penghormatan juga boleh diterima dari mana-mana kota yang dit4wan mereka, tanah yang dikendalikan oleh istana Templar, dan negara-negara pesaing yang lebih lemah di Levant. Akhirnya, Templar berupaya menubuhkan pusat subsidiari atau anak syarikat sendiri di kebanyakan negeri di Eropah barat, yang menjadi sumber pendapatan dan dana untuk melatih rekrut-rekrut baru bagi menjadi anggota barisan hadapan mereka. Kesatria Templar mungkin menerima aliran pendapatan dari seluruh pelusuk Eropah tetapi mereka juga perlu berhadapan dengan kos yang tinggi untuk ditanggung. Antaranya ialah kos selenggaraan infrastruktur, kos menggaji para kesatria, menaiktaraf kawalan keselamatan, kos penjagaan kuda (seorang kesatria biasanya memiliki empat ekor kuda setiap seorang), pakaian perisai besi dan peralatan per4ng, semuanya memakan sumber kewangan Templar. Mereka juga berhadapan dengan cukai yang harus dibayar kepada negara, sumbangan untuk Kepausan, dan kadang-kala ada bahagian yang harus diberikan kepada gereja, serta bayaran yang harus ditunaikan kepada orang-orang kenamaan tempatan, di saat melaksanakan perkhidmatan yang besar dan khidmat-khidmat lain juga menghasilkan kos yang tidak sedikit. Templar adakalanya melakukan kerja-kerja amal dan menolong orang miskin. Sepersepuluh roti yang dihasilkan, misalnya, diedarkan kepada orang yang memerlukan sebagai sedekah. Akhirnya, bencana akibat operasi ket3nteraan lama kelamaan menyebabkan mereka kehilangan anggota dan harta benda dalam jumlah yang besar. Tiada catatan yang paling tepat boleh dikemukakan mengenai harta benda peninggalan Templar, kebanyakannya berdasarkan penulisan teori konspirasi dan mitologi, tetapi kemungkinan besar perintah itu mungkin tidak pernah sekaya seperti yang disangka oleh semua orang. Tetapi tekaan sebegitu tidak boleh menolak juga akan kemungkinan mereka ada meninggalkan banyak harta karun. Dari pertengahan abad ke-12 Masehi, Kesatria Templar memperluaskan pengaruh mereka dengan bertempvr dalam kempen Per4ng Salib menjatuhkan kerajaan Islam di Iberia dalam kempen digelar sebagai ‘rec0nquista’ bagi pihak dari pelbagai penguasa di Sepanyol dan Portugal. Mereka juga menyertai Per4ng Salib di Baltic melawan kaum pagan, menjelang abad ke-13 M, Kesatria Templar memiliki ladang sejauh dari England hingga ke Bohemia dan telah menjadi perintah ket3nteraan yang benar-benar bertaraf antarabangsa dengan sumber daya yang luar biasa (askar, senj4ta, peralatan, dan armada angkatan laut yang cukup besar). Kesatria Templar telah ditetapkan sebagai satu model yang akan dijadikan contoh oleh perintah-perintah ket3nteraan yang lain seperti Knights Hospitaller dan Teutonic Knights. Namun, terdapat satu bidang di mana Templar benar-benar mengunggulinya, iaitu bidang perbankan. Banker Abad Pertengahan Dianggap sebagai tempat yang selamat oleh penduduk tempatan, masyarakat Kristian luar atau biara, Templar menjadi pilihan untuk orang ramai menyimpan wang, permata, dan dokumen penting.  Perintah itu mempunyai simpanan tunai mereka sendiri yang, sejak awal 1130 M, digunakan dengan baik dalam bentuk pinjaman yang menghasilkan keuntungan dari hasil faedah. Templar bahkan membenarkan pelanggan untuk mengeluarkan wang dari satu biara dengan syarat mereka menyediakan dokumen yang sesuai, memindahkan dan kemudian mengeluarkan wang yang setara dari biara yang berbeza. D Dalam perkhidmatan perbankan awal yang lain, seseorang dapat menyimpan dalam konteks apa yang dikenali sekarang sebagai akaun semasa dengan Templar, di mana mereka membayar deposit seperti biasa dan mengaturkan agar Templar membuat bayaran keluar bagi pihak pemegang akaun dalam jumlah tetap kepada siapa pun yang dicalonkan. Menjelang abad ke-13 M, Templar telah menjadi banker yang mahir dan dipercayai sehingga raja-raja Perancis dan bangsawan lain menyimpan harta mereka di tangan organisasi ini. Bagi Raja dan bangsawan yang melancarkan per4ng salib merebut Tanah Suci, mereka perlu membayar kos ket3nteraan sesegera mungkin dan memenuhi keperluan bekalan, jadi, mereka seringkali mengirimkan sejumlah wang tunai yang besar kepada Templar yang kemudian boleh dikeluarkan di Levant. Templar bahkan pernah meminjamkan wang kepada pemerintah dan dengan demikian itu lah mereka menjadi elemen penting dalam struktur kewangan yang semakin maju pada abad pertengahan di Eropah. Struktur Organisasi & Pengambilan Rekrut mereka datang dari seluruh Eropah barat, walaupun Perancis adalah sumber tunggal yang terbesar. Mereka didorong oleh rasa tanggungjawab keagamaan untuk membela orang Kristian di mana-mana sahaja tetapi mereka wajib mengutamakan Tanah Suci dan tapak-tapaknya yang suci, khidmat mereka ini dianggap sebagai penebusan dosa yang dilakukan untuk menjamin mereka masuk ke syurga, atau dalam aspek duniawi, mereka memiliki beberapa alasan seperti mencari pengembaraan, keuntungan peribadi, promosi sosial atau sekadar demi mencari sumber pendapatan biasa dan makanan yang mewah. Rekrut haruslah seorang pemuda yang merdeka (bukan golongan hamba) daripada hasil kelahiran yang sah, dan semenjak dari abad ke-13 M, jika mereka ingin menjadi kesatria, mereka harus memiliki d4rah keturunan kesatria. Walaupun jarang berlaku, seorang lelaki yang sudah berkahwin boleh menyertai Templar dengan syarat pasangannya bersetuju.Kubu Miravet di Sepanyol Ramai rekrut dijangkakan dapat membuat sumbangan yang besar ketika menyertai perintah ini, dan kerana memiliki hutang adalah dilarang, status kewangan mereka yang direkrut pastinya menjadi pertimbangan. Walaupun ada beberapa remaja di bawah umur turut menyertai Templar (yang dihantar oleh ibu bapa mereka dengan harapan, latihan ket3nteraan yang diterima anak lelaki yang lebih muda boleh dimanfaatkan kerana mereka tidak akan mewarisi harta pusaka keluarga), kebanyakan rekrut baru Templar berusia sekitar pertengahan 20-an. Kadang-kadang ada rekrut yang menyertai Templar setelah lanjut usia. Contohnya, seorang kesatria Inggeris yang hebat, Sir William Marshal (meninggal dunia pada 1219 M), sebagaimana kebanyakan bangsawan yang lain, mereka hanya menyertai Templar tidak lama sebelum mereka meninggal dunia, dia meninggalkan harta pusaka melalui wasiatnya, bahkan dia dimakamkan di Temple Church, London di mana tugunya mungkin masih boleh dilihat hari ini. Terdapat dua struktur penjawatan dalam perintah itu: iaitu kesatria dan sarjan, dengan kumpulan selainnya diisi oleh kakitangan bukan t3ntera dan orang awam. Sebilangan besar rekrut adalah dari kumpulan kedua. Benar, jumlah kesatria dari seluruh perintah ket3nteraan itu sangat sedikit. Mungkin hanya terdapat beberapa ratus kesatria Templar pada satu-satu masa, kadang-kala boleh meningkat menjadi 500 kesatria apabila saat k0nflik atau berlaku per4ng yang sengit.Temple Church di London Kesatria Templar mungkin ada waktunya kalah dari segi bilangan jika dibandingkan dengan askar lain-lain pangkat dari perintah tersebut seperti infantri (sarjan atau rekrut dari wilayah naungan) dan t3ntera upahan (terutamanya pem4nah), serta pasukan pengawal, pembawa barang, dan anggota bukan tempvr. Anggota yang lain termasuklah pendeta atau paderi, tukang, buruh, pelayan, dan bahkan beberapa orang wanita yang diserap menjadi anggota biarawati. Perintah ket3nteraan ini diketuai oleh Grand Master yang berdiri di puncak piramid kekuasaan. Ahli-ahli biara dikumpulkan dalam kawasan geografi yang dikenali sebagai priori. Di zon-zon yang bermasalah seperti Levant, banyak biara ditempatkan di istana sementara di tempat lain biara ditubuhkan untuk mengawal tanah yang dimiliki oleh Templar. Setiap biara diuruskan oleh ‘pembimbing’ atau komander dan mereka akan melaporkan kepada ketua biara di tempat biara itu berada. Surat, dokumen dan laporan berita akan saling bertukar tangan di antara biara-biara, semuanya membawa pengesahan melalui cop mohor Templar, yang biasanya menonjolkan imej dua kesatria di atas seekor kuda tunggal, dikatakan bermaksud untuk memupuk perpaduan di antara cabang-cabang yang jauh. Biara biasanya menghantar satu pertiga daripada hasil pendapatan mereka ke markas utama Templar. Grand Master akan tinggal di markas di Jerusalem, kemudian di Acre dari 1191 M, dan di Cyprus setelah 1291 M. Di sana dia dibantu oleh pegawai tinggi lain seperti Panglima Besar dan Marsyal bersama dengan pegawai-pegawai yang lebih rendah yang menjaga keperluan tertentu seperti pakaian dan makanan.Cop mohor Knights Templar Kadang-kala berlaku persidangan melibatkan beberapa perwakilan dari seluruh struktur perintah dan beberapa bahagian di peringkat provinsi, tetapi kelihatannya mereka terpaksa menghadapi banyak jurang akibat kesan autonomi dalam beberapa biara tempatan, dan hanya beberapa episod kesilapan yang pernah berlaku. Pakaian Seragam & Peraturan Walaupun para kesatria bersumpah untuk menyertai perintah Templar, seperti di biara-biara, peraturannya tidak begitu ketat dan tiada sekatan atau kewajiban untuk sentiasa kekal berada di dalam tempat tinggal mereka. Ketaatan kepada Grand Master adalah sumpah terpenting yang harus dibuat, kehadiran di upacara gereja adalah wajib, bahkan, jika mereka belum berkahwin, mereka perlu menjadi seorang teruna sepanjang hayat, dan mereka hanya dibenarkan makan makanan yang diberikan (yang berlaku hampir setiap hari, hidangannya termasuk daging). Keseronokan duniawi tidak dibenarkan, dan ini turut melibatkan hobi-hobi peribadi seorang kesatria seperti memburu dan menjaja dan tidak memakai pakaian dan senj4ta yang mencolok mata di mana ia biasa diamalkan oleh seorang kesatria biasa. Sebagai contoh, tali pinggang yang mewah sering menjadi alat perhiasan seorang kesatria biasa, tetapi seorang Kesatria Templar hanya dibenarkan memakai tali pinggang berbulu yang sederhana untuk melambangkan ‘kezuhudan’. Kesatria Templar memakai jubah putih dan mantel di sebalik pakaian perisai besi mereka, seperti yang telah disebutkan, lambang salib merah terpapar pada dada kiri mereka. Salib merah juga ditonjolkan pada kain pelapik kuda dan di atas panji-panji atau jata Kesatria Templar. Ini menjadikan mereka berbeza dengan Knights Hospitaller (yang memakai salib putih berlatar belakang warna hitam) dan Teutonic Knights (yang memakai salib hitam berlatar belakang putih). Perisai Templar, sebaliknya, lazimnya berwarna putih dengan jalur mendatar berwarna hitam tebal di bahagian atas. Sarjan memakai mantel atau jubah berwarna coklat atau hitam atau vice versa. Satu lagi ciri khas Templar adalah mereka semua berjanggut dan berambut pendek mengikut gaya standard abad pertengahan. Kesatria bersaudara ini boleh memiliki harta peribadi mereka sendiri (samada yang bergerak atau statik), tidak seperti perintah ket3nteraan lain. Dari segi pemakaian mereka juga memiliki peraturan yang kurang ketat, golongan Templar dibenarkan memakai linen pada musim bunga dan musim panas (tidak semestinya yang kapas tebal), satu peraturan yang semestinya amat disyukuri oleh para anggotanya dalam menghadapi iklim yang lebih panas. Sekiranya salah satu ketetapan perintah itu, yang dikenali secara kolektif sebagai Peraturan, tidak dipatuhi, maka para anggota boleh dihvkum dengan hvkuman yang mungkin terdiri dari penarikan hak istimewa hingga ke hvkuman dis3bat dan bahkan hvkuman penj4ra seumur hidup. Per4ng Salib Mahir mengendalikan tomb4k, ped4ng dan p4nah, serta berperisai, Kesatria Templar dan perintah ket3nteraan lain adalah yang paling terlatih dan paling lengkap dari mana-mana anggota t3ntera Salib yang lain. Atas sebab ini, mereka sering dikerahkan untuk melindungi rusuk, barisan hadapan dan belakang pasukan di medan tempvr. Templar sangat terkenal dengan pasukan berkuda mereka yang berdisiplin ketika menyer4ng dalam formasi ketat, mereka memecah masuk melalui garis musuh dan menyebabkan huru-hara yang kemudian boleh dieksploitasi oleh pasukan sekutu yang menyusul kemaraan mereka.Ilustrasi t3ntera Salib ketika meny3rang Jerusalem Mereka juga sangat berdisiplin dalam pertempvran dan di kem, dengan hvkuman berat yang dikenakan terhadap para kesatria yang tidak menurut arahan, termasuk pengusiran dari perintah, atau r4mpasan samada ped4ng atau kuda seseorang kerana kecuaian. Dikatakan, perintah Kesatria Templar secara keseluruhannya amat sukar untuk diawasi oleh komander Per4ng Salib, memandangkan mereka sentiasa menjadi pasukan yang paling bersemangat dan berdaya saing yang tinggj untuk merebut nama dan penghormatan. Kesatria Templar sering diberi tugas untuk mempertahankan laluan penting seperti di Amanus utara Antioch. Mereka memperoleh tanah dan kubu yang tidak mampu dikendalikan oleh negara-negara Salib lain kerana kekurangan tenaga kerja. Mereka juga membina kembali kubu-kubu yang hancvr atau membina kubu yang baru untuk mempertahankan Timur Kristian dengan lebih baik. Kesatria Templar menyedari fungsi asalnya adalah sebagai pelindung perjalanan ziarah jemaah Kristian ke Tanah Suci, maka mereka mengendalikan banyak kubu kecil di sepanjang laluan jemaah di sekitar Levant atau bertindak sebagai pengawal keselamatan. Walaupun terlibat dalam banyak kejayaan seperti Pengepvngan Acre pada tahun 1189-91 M, Pengepvngan Damietta pada 1218-19 M, dan men4wan Konstantinopel pada tahun 1204 M, terdapat beberapa kekalahan besar di sepanjang perjalanan mereka, dan berdasarkan reputasi mereka sebagai t3ntera, para Templar biasanya dijangka dihvkum m4ti sekiranya mereka tertangkap. Semasa Pertempvran La Forbie di Gaza pada Oktober 1144 M, t3ntera Ayyubid mengalahkan t3ntera Latin yang jauh lebih besar dan 300 kesatria Templar terbvnuh. 230 kesatria Templar yang dit4wan dip3nggal kepala mereka setelah Pertempvran Hattin pada tahun 1187 M yang dimenangi oleh t3ntera Salahuddin al Ayubbi. Anggota Templar yang lebih penting, seperti biasanya pada masa itu ditawarkan sebagai pertukaran tebvsan. Istana Templar di Gaza harus diserahkan untuk menuntut pembebasan ketua yang ditangkap setelah pertempvran yang sama. Kekalahan berat yang lain berlaku pada 1250 M dalam pertempvran Mansourah di Mesir semasa Per4ng Salib Ketujuh (1248-1254 M). Walaupun begitu, rangkaian biara yang luas selalunya dapat menampung kehilangan sumber daya dan tenaga kerja. Kritikan & Pembubaran Kerana sebahagian besar undang-undang yang diterapkan mereka sendiri dan ancaman ket3nteraan mereka yang kuat, penguasa-pengiasa barat merasa terancam terhadap perintah ket3nteraan Templar, terutamanya apabila mereka mulai mengumpulkan banyak rangkaian tanah dan simpanan tunai. Seperti perintah ket3nteraan yang lain, pihak Templar juga telah lama dituduh menyalahgunakan hak mereka serta memer4s keuntungan berlebihan dari urusan kewangan mereka. Mereka dituduh melakukan rasuah dan telah menyimpang dengan sikap riak dan tamak haloba. Mereka dikatakan mula lupa daratan gara-gara gaya hidup yang terlalu mewah dan sering membazirkan wang yang sepatutnya boleh dibelanjakan dengan lebih baik untuk menaiktaraf struktur ket3nteraan mereka dalam kempen Per4ng Suci. Mereka didakwa telah membazirkan sumber untuk bersaing dengan perintah saingan mereka, terutamanya Kesatria Hospitallers. Terdapat juga pendapat lama yang mengatakan para pendeta dan para pejuang bukanlah gabungan yang serasi. Ada juga yang mengecam perintah itu kerana tidak berminat memurtadkan orang Islam tetapi lebih gemar menyemb3lih mereka. Manakala kritikan-kritikan yang lain lebih didasarkan pada hasutan yang dicetuskan diantara perintah-perintah yang berbeza, semuanya kerana kekayaan melampau mereka yang mengakibatkan timbul perasaan cemburu dan kecurigaan umum. Menjelang akhir abad ke-13 M, ramai pihak yang menganggap perintah ket3nteraan Templar terlalu bebas untuk kepentingan semua orang dan penggabungannya dengan perintah yang lain menjadi satu organisasi berpusat dianggap sebagai jalan penyelesaian terbaik untuk menjadikan mereka lebih bertanggungjawab kepada pihak Gereja dan pemerintah negara masing-masing.Ilustrasi seorang kesatria Templar di Mediteranean Kemudian, sekitar tahun 1307 M, banyak tuduhan yang lebih serius dilemparkan terhadap Templar. Dikatakan bahawa mereka menafikan Jesus sebagai Tuhan, menafikan peristiwa penyaliban dan menghina lambang salib. Ada desas-desus mendakwa upacara sumpah persaudaraan melibatkan perbuatan memijak, meludah, dan membuang air kecil ke atas objek atau imej salib. Tuduhan ini diberitakan secara umum terutamanya melalui pengumuman oleh kerajaan Perancis. Para paderi biasa juga cemburu dengan hak-hak Templar seperti hak pengebvmian, di mana ia merupakan garis sampingan yang berpotensi memberi keuntungan bagi mana-mana gereja tempatan. Pertubuhan politik dan agama bergabung bersama dengan matlamat untuk memvsnahkan Templar. Kehilangan negara-negara Salib di Levant pada tahun 1291 M menambahkan lagi alasan yang menjadi pencetus utama. Pada hari Jumaat 13 Oktober 1307 Masehi, Raja Philip IV dari Perancis memerintahkan semua anggota Templar di Perancis agar ditangkap. Apa yang mendorong kepada arahannya itu kekal tidak jelas, tetapi sejarawan moden mencadangkan beberapa teori termasuklah ancaman ket3nteraan Templar, hasrat untuk merampas kekayaan mereka, peluang untuk mendapatkan keuntungan politik dan prestij di mata Kepausan, malahan dikatakan Philip benar-benar mempercayai khabar angin yang menentang Templar. Selain dari menafikan Jesus dan menghina simbol salib, beberapa tuduhan lebih lanjut adalah seperti mempromosikan budaya homos3ksual, berciuman di tempat awam, dan penyembahan berhala. Pada mulanya, Paus Clement V mempertahankan Templar dari ser4ngan psikologi terhadap Templar, apatah lagi Templar juga merupakan salah satu perintah ket3nteraan dibawahnya, tetapi Philip berjaya mengeluarkan pengakuan dari beberapa pemimpin Templar termasuklah Grand Master Jacques of Molay. Akibatnya, Paus memerintahkan tangkapan dilakukan terhadap kesemua anggota Templar di Eropah barat, dan harta benda mereka disita.  Templar tidak dapat melawan kecuali di Aragon di mana sejumlah kesatria bertahan di kubu mereka hingga 1308 M. Perbicaraan berlangsung di Paris pada tahun 1310 M, setelah itu 54 orang kesatria diikat pada tiang dan dibak4r hidup-hidup. Pada 1314 M, Grand Master Templar, Jacques of Molay, dan pembimbing Normandy, Geoffrey of Charney, juga dibak4r di Paris. Mereka tetap memprotes sebagai tidak bersalah ketika sedang diiring ke tapak pelaksanaan hvkumannya. Nasib keseluruhan perintah itu walaubagaimanapun diputuskan oleh Council of Vienne pada 1311 M. Siasatan yang dilakukan dalam tiga tahun sebelumnya mengenai urusan Templar di seluruh Eropah dipertimbangkan, seperti pengakuan (kemungkinan diperoleh melalui peny3ksaan), yang tidak sekata – kebanyakan kesatria di Perancis dan Itali, dan tiga dari Inggeris mengaku di atas semua tuduhan tetapi tidak ada  mengaku demikian berkaitan dengan tuduhan paling serius dari Cyprus atau semenanjung Iberia.Gambaran ketika Jacques of Molay dibawa ke lokasi pelaksanaan hukvmannya Sekelompok kesatria dipanggil untuk mendengar pembelaan mereka, namun dalam perbicaraan terakhir itu, mereka tidak dipanggil, dan ketika Philip tiba di dewan, Paus secara rasminya mengisytiharkan perintah itu dibubarkan pada 3 April 1312 CE, walaupun alasannya adalah kerana kehilangan reputasinya yang teruk dan bukannya keputusan bersalah. Bukti fizikal untuk tuduhan seperti catatan, patung berhala dan lain-lain, tidak pernah dikemukakan. Di samping itu, ramai kesatria yang kemudiannya menarik balik pengakuan mereka walaupun mereka sudah didakwa bersalah, dan ternyata penarikan pengakuan mereka itu hanya sia-sia. Sebahagian besar bekas Knights Templar yang lain diperintahkan bersara dan dilarang menyertai perintah ket3nteraan lain. Sebilangan besar aset Templar diserahkan kepada Knights Hospitaller atas perintah Paus pada 2 Mei 1312 M. Namun, banyak tanah dan wang berakhir di kantung para bangsawan, terutamanya di Castille. Sebaliknya, ser4ngan terhadap Templar tidak banyak mempengaruhi perintah ket3nteraan yang lain. Cadangan untuk menggabungkan mereka semua menjadi satu kesatuan hanya tinggal cadangan, dan Teutonic Knights yang mungkin lebih layak dikritik berbanding perintah lain, diselamatkan hasil hubungan rapatnya dengan pemerintah sekular Jerman. Teutonic Knights memindahkan markas mereka dari Vienna ke Prussia yang lebih terpencil sementara Knights Hospitaller dengan bijaknya memindahkan markas mereka ke kedudukan yang lebih selamat di Rhodes, kedua-duanya meneruskan gerakan mereka pada dan masih wujud sehingga ke hari ini. Kini Knights Hospitaller lebih dikenali sebagai The Sovereign Milit4ry Order of Malta (Perintah Ket3nteraan Berdaulat Malta). Manakala bagi Teutonic Knights, perintah itu kekal berkuasa ke atas hak pegangannya di kawasan Katolik Jerman hingga 1809, ketika Napoleon Bonaparte memerintahkan pembubarannya dan mereka kehilangan pegangan sekularnya yang terakhir. Namun Teutonic Knights terus wujud sebagai badan kebajikan dan entiti simbolik melalui upacara tertentu. Ia pernah diharamkan oleh Adolf Hitl3r pada tahun 1938, tetapi ditubuhkan semula pada tahun 1945. Hari ini mereka beroperasi sebagai badan kebajikan di Eropah Tengah. RUJUKAN: Butler, Alan; Stephen Dafoe (1998). The Warriors and the Bankers: A History of the Knights Templar from 1307 to the present. Belleville: Templar Books.
http://dlvr.it/Rp3jKz

Ingat Babi Saja Boleh Terbang, Ikan Pun Boleh

Kelibat ikan salmon yang melompat di muara sungai mungkin satu perkara biasa. Memang salmon mempunyai fitrah melompat, sebenarnya untuk menyingkirkan kutu pada badan (Learn, 2018). Tetapi sehebat-hebat salmon, hebat lagi ikan exocoetidae. Bagi yang tidak tahu, exocotidae ialah sebuah keluarga bagi tujuh genus. Namanya membawa maksud “di luar katil”. Mungkin kedengaran seperti suami yang isterinya merajuk. Ikan ini dinamakan sebegitu kerana fitrahnya yang suka berterbangan, diketahui sejak zaman Rom lagi. Gaius Secundus ada menulis tentang ikan terbang dalam Natural History. Umumnya Secundus juga dikenali sebagai Pliny the Elder. Ikan terbang mempunyai bentuk seperti curut. Sama seperti ikan lain, ia dilengkapkan dengan sirip sisi. Cuma bezanya, sirip ikan terbang amat panjang untuk membolehkannya terbang.Ikan terbang. Tidak cukup dengan sirip bagaikan kepak, ikan terbang juga disempurnakan dengan ekor untuk berkemudi. Kedua-duanya – sirip dan ekor – mempunyai saiz yang sesuai untuk menerbangkan tubuh 15 hingga 50 sentimeter panjang. Evolusi memainkan peranan dalam biologi ikan terbang. Sekitar 235 juta tahun dahulu, Laut Yangtze di China mempunyai suatu ikan bernama potanichtys xingyiensis. Pada zaman itu, Laut Yangtze terletak di timur Lautan Paleotethys yang terletak di lokasi Lautan Hindi dan Asia Tenggara.Fosil ikan di Laut Yangtze Potanichtys xingyiensis didapati mampu berterbang seperti exocotidae hari ini. Namun exocotidae sebenarnya bukan keturunan potanichtys xingyiensis. Tetapi kedua-dua ikan ini memperolehi kebolehan menarik ini atas sebab yang sama – lari daripada pem4ngs4 (Choi, 2012). Hidup ikan terbang memang sukar. Banyak haiwan ingin makan mereka. Jadi mereka perlu berterbang untuk lari. Walaupun tidak boleh berkepak seperti sayap burung, sirip mereka masih bergantung pada angin untuk mengekalkan mereka di udara. Jadi asasnya, ia tidak terbang – hanya meluncur. Andainya angin kuat, tinggilah luncurannya mungkin lapan meter daripada permukaan air. Dan ia boleh mencecah 72 kilometer sejam, sekali gus meluncur sejauh 400 meter dalam 30 saat. Ketika dalam laut. Matanya serba boleh melihat dalam dan luar air. Dan jika masuk semula dalam air, ikan terbang ini akan berenang laju bagi mendapatkan tujahan secukupnya untuk meluncur semula. Seekor ikan dianggarkan mampu meluncur sebanyak 12 kali (Wild, 2020). Jadi bayangkanlah lima minit di udara, mesti boleh lari daripada pem4ngs4, bukan? Salah. Pepatah keluar mulut harimau, masuk mulut buaya mungkin tidak sesuai buat ikan terbang. Kerana mereka banyak keluar daripada mulut dolfin dan masuk dalam mulut burung.Contoh burung suka ikan terbang. Kebolehan meluncur tidak memberikan mereka sebarang kuasa untuk menentukan arah, berbeza dengan burung yang boleh mengalihkan posisi dan kelajuan untuk menangkap sesuatu di ruangan udara. Jadi keluar saja daripada permukaan air, ikan terbang sebenarnya menjadi bufet. Burung yang suka makan ikan terbang ialah frigatebird (bahasa Indonesia: burung cikalang). Tanpa bulu pelepah kalis air, frigate selalu lapar. Jadi luncur saja ikan terbang, merekalah paling bahagia. Kadang mereka mengikuti aktiviti laut, melihat bagaimana dolfin dan tuna kejar ikan terbang. Apabila air berkocak saja (ikan terbang meluncur), mereka mengambil alih. Kocakan Meskipun hebat, ikan terbang malangnya kurang bernasib baik. Barangkali dagingnya enak untuk ikan pem4ngs4 dan burung. Apakan daya, ikan terbang hanya memakan sumber lebih kecil. Tiba masa ia pula dimakan spesis lain. RUJUKAN: Choi, C.Q. (2012, Oktober 30). Flying fish evolved to escape prehistoric (ditapiskan). Live Science. Learn, J.R. (2018, Julai 13). Why are these salmon jumping? ScienceMag. Wild, S. (2020, Disember 13). Flying fish: real fish but not really flying. Live Science.
http://dlvr.it/Rp3jKC